Hiburan

“Tahniah buat si manis saya,…” – Rupanya isteri MK anak tiri Noniswara, ucap tahniah suami dapat menantu

DRAMATIS Datin Seri Noniswara berkongsi kegembiraan apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.

Noniswara atau Noniswara Baharudin, 54, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.

“Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK,” katanya.

Perkongsian Noniswara di Instastory.

Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Hasil pemerhatian mStar, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Sebaliknya Syeikh Nordin dan bekas isteri Sharifah Hasnah Syed Hussain tampil sedondon memakai baju berwarna maaron selain turut naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Pada Julai tahun lalu, Noniswara pernah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mempertikaikan dia menggunakan gelaran Datin Seri kerana ada menyangka dia merupakan isteri kedua.

Jelasnya, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang lapan tahun berkahwin dengan Syeikh Nordin dia bukan isteri kedua seperti disangka.

Noniswara bernikah dengan Syeikh Nordin sejak lapan tahun lalu.

Untuk rekod, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button