Hiburan

“Sanggup Kita Hlna Ibu, Mentua Atau Nenak Moyang Kita Peny0nd0l,” – Nora Ariffin Nasihat, Berpada Mengata Orang Berpoligami

Penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin menyeru kepada semua pihak untuk tidak terlalu berlebih-lebihan dalam mengkritik mereka yang memilih untuk mengamalkan cara hidup berpoligami.

Menurut Nora, poligami ini sudah pun diamalkan sejak sekian lama dan berkemungkinan salasilah keluarga kita juga terhasil daripada jenis perkahwinan tersebut.

 

“Hati hati. Dalam kita seronok mengata, menghina, melabel orang lain, takut dalam keghairahan mengata orang, tanpa kita sedari kita juga adalah product hasil dari perkahwinan poligami yg diamalkan zaman dulu-dulu lagi.

“Kemungkinan ibu kita atau kita juga adalah hasil dari perkahwinan dari isteri ke dua, tiga atau empat. Kita tak tahu jugak kan,” katanya.

Pandangan itu disurakan sendiri oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Bagaimanapun, dia sedar perasaan marah atau geram itu merupakan fitrah seorang manusia.

“Sanggupkah kita menghina ibu kita sendiri, mentua kita, atau nenek moyang kita dengan panggilan peny0nd0l, perampas dan sebagainya?

“Hati hati ye. Beremosi sikit-sikit okay, Geram, marah dan tak suka, itu fitrah
Tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut menyifat manusia tiada daya melawan takdir tuhan.

“Setuju sangat dengan kata-kata Nora. Jangan berlebih-lebih sebab kita sendiri ada anak-anak.

“Betul tu. Semuanya sudah menjadi ketentuan Allah.

“MasyaAllah, penulisan yang santun.

“Jangan mengata. Hari ini kita isteri pertama. Mana tahu nasib ke depan kita pula jadi isteri kedua. Siapa kita nak menolak takdir Allah.

“Betul tapi biarlah dengan cara yang betul walaupun dalam masa sama melukai pihak sana,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Nora mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi yang merupakan seorang pensyarah kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaysia (UM) pada Disember 2021.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham komposer Johan Nawawi pada 1992 dan hasil perkahwinan, dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung manakala anak kedua Nora, Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember 2019.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Ariffin

Kredit: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button