Hiburan

Tahniah! Athira Yuhada Sah Menjadi Isteri Hafidz Roshdi

SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, pelakon Hafidz Roshdi menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada Sabtu.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan di Glass House Event Space Shah Alam, Selangor.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Athira.

Hafidz ketika majlis akad nikah berlangsung.

Pelakon berkenaan berkongsi foto dan video majlis tersebut di Instagram miliknya yang memperlihatkan pasangan pengantin lengkap berpakaian putih di atas pelamin.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, melalui hantaran tersebut, Hafidz dilihat tidak membuat ruangan untuk orang ramai meninggalkan komen.

Sebelum ini, tular kad undangan majlis penikahan Hafidz dan Athira yang bakal berlangsung di sebuah dewan di Selangor pada 16 Disember ini.

Menerusi undangan tersebut, tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.

Hafidz meluahkan rasa syukur selepas bernikah dengan Athira.

Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan majlis kenduri pada sebelah malam.

Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.

Hafidz sebelum ini mempunyai dua cahaya mata bersama bekas isteri.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari adalah sah.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button