Hiburan

“Selepas bercerai saya meratapi nasib diri”… Fizi Ali terbuka hati untuk kahwin lagi, tak sangka rakan bisnes jadi teman istimewa

PERNAH gagal dalam perkahwinan sebelum ini, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali tidak mahu melihat kisah silam itu sebagai sesuatu yang boleh menghalang dia untuk terus memikirkan mengenai masa depan.

Kata Fizi atau Mohd Fafizudin Alimudin, 36, dia kini memilih untuk bergerak ke hadapan dan sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Fizi akui selesa rapat dengan Tiz dan memulakan pernigaan bersama.

“Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikir dan kembali bangkit.

“Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Tiz, Fizi berkata dia mengenali usahawan itu sekitar enam bulan lalu.

Menurut Fizi, hubungan mereka menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.

“Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

“Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini.

Orang ramai yang DM (direct messege) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

“Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fizi bersyukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang.

Anak Fizi juga menerima baik kehadiran Tiz.

“Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain.

“Orang ramai yang DM (direct messege) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih,” jelasnya.

Untuk rekod, Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Ameena Sofia berusia tiga tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button