Hiburan

“Syukur Alhamdulillah, reda…. Anne tolong bangkit lebih kuat” – Rawatan IVF tak berjaya, netizen sayu lihat Achey pujuk isteri

PELAWAK Achey memaklumkan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dilakukan isterinya, Nor Hasanah Yahaya tidak berjaya selepas melakukan proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan pada awal Disember lalu.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, yang berkongsi hasil keputusan rawatan berkenaan bagaimanapun reda masih belum diberi rezeki mendapat cahaya mata.

“Keputusan negatif. Syukur Alhamdulillah, reda…. Anne (nama panggilan isteri) tolong bangkit lebih kuat,” katanya.

 

Achey dan isteri reda keputusan IVF.

Achey berkongsi perkara itu menerusi akuan Instagram miliknya pada Sabtu yang turut memaparkan Anne dengan wajah sungul sambil memeluk pinggangnya.

Dalam video berkenaan, Achey turut dilihat cuba menenangkan isterinya selepas menerima khabar mengecewakan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan juga peminat turut berharap pasangan berkenaan terus bersabar dan kembali kuat.

“Semuanya dengan izin Allah. Allah dah aturkan yang terbaik buat kalian berdua. Be strong tau… ramai yang mendoakan.

“Sabar dan terus berdoa… suatu hari nanti Allah akan berikan yang terbaik buat kalian berdua.

Achey harap isteri bangkit lebih kuat.

“Insya Allah suatu hari nanti. Jangan putus asa. Teruskan berdoa Achey dan juga isteri,” antara komen netizen.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, NUr Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada tahun 2018.

Achey dan Nor Hasanah memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu dalam usaha mendapatkan zuriat sendiri.

 

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button