Hiburan

“Tengok dia menjawab tadi memang tak mahu kalah” – Nyanyian sumb4ng, Ifa Raziah sal4hkan pakaian ganggu persembahan

KEMUNCULAN Ifa Raziah menerusi program realiti Terpaling Juara minggu ketiga sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila penyanyi itu didakwa telah merosakkan lagu nyanyian asal Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya.

Disebabkan itu, Ifa menerima komen pedas daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut.

Ifa menyalahkan pakaian yang digayakan sehingga telah menggangu persembahannya.

“Mula-mula tu nak masuk dah senget, bahagian korus cover sikit, lepas tu dia slack balik.

Ifa Raziah menyanyikan lagu Ella berjudul Sepi Sekuntum Mawar Merah.

“Adakah baju itu yang menggangu atau pun daripada mula latihan memang susah untuk menjiwai lagu ini?,” soal Hattan.

Ifa menjelaskan ketika sesi latihan, dia dapat menyanyikan lagu itu dengan baik mungkin kerana tidak mengenakan pakaian berkenaan.

Rata-rata netizen turut bersetuju persembahan Ifa pada malam Ahad itu tidak memuaskan dan tidak sepatutnya menyalahkan busana sebagai punca nyanyiannya sumbang.

“Baju pula disalahkan. Aduhai. Dah pengalaman patut boleh biasakan diri tapi baju juga yang disalahkan.

“Tengok dia menjawab tadi memang tak mahu kalah. Salahkan baju. Artis lain macam Aina tu lagi haru fesyen dia ata pentas elok sahaja menyanyi.

“Praktis macam nak rak katanya pun tak menjamin suara jadi sedap. Awal-awal masuh pun dah sumbang,” komen netizen.

Ifa Raziah merupakan anak didik kepada kapten Naim Daniel.

Sementara itu, Ifa dan Hazami yang berada di kedudukan dua tercorot bernasib baik apabila Hattan tidak bersetuju penyingkiran dibuat.

Hattan berkata, kesemua peserta perlu diberi peluang sekali lagi bagi membuktikan kebolehan sebenar mereka pada persembahan minggu hadapan.

Ifa yang pada awalnya kelihatan sugul bertukar ceria apabila produksi memaklumkan mereka bersetuju dengan cadangan Hattan untuk tidak melakukan penyingkiran.

Sebelum ini, Ifa pernah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat cukup beremosi ketika menyanyikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah.

Program realiti ini mengandingkan tiga juara Anugerah Juara Lagu sebagai kapten iaitu Akim Ahmad pemenang AJL30, Hael Husaini (AJL32 dan AJL33) serta Naim Daniel (AJL34).

Terpaling Juara disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button