“Syantiknyarrrr sisturrrr” -Netizen kata jarang tengok, tema berinai Sweet Qismina jadi bualan
Hubungan cinta antara pelakon dan penyanyi, Sweet Qismina dan bintang drama Budak Tebing, Adam Lee bukanlah rahsia lagi. Sebelum ini, ramai peminat ‘restu’ dengan hubungan pasangan pelakon ini selepas keserasian berlakon bersama menerima pujian ramai.
Namun begitu, selepas tiga tahun bercinta Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dan Adam Lee mengikat tali pertunangan pada tahun lalu. Pasangan sama cantik, sama padan ini bagaimanapun difahamkan sudah tidak lama lagi bakal disatukan sebagai pasangan suami dan isteri. Perkara itu semakin terbukti apabila Sweet Qismina memuat naik foto bersama kapsyen berinai.
“Ora perlu janji sehidup sematl, sing penting iso bertahan sampek matl,” tulisnya berserta hashtag TerciptaALSQ gabungan nama mereka dan turut disertakan tarikh 22 Oktober 2022. Perkongsian Sweet Qismina itu yang dipercayai untuk majlis berinai dia dan pasangan membuatkan mereka menjadi perhatian peminat dan netizen.
Disamping ada juga peminat terkejut dan teruja kerana Sweet Qismina dan Adam Lee memilih tema Jawa sebagai pilihan di majlis berinai.
Mengikut tinjauan diruangan komen menerusi muat naik foto-foto dikongsikan Sweet Qismina itu membuatkan peminat dan netizen mengambil kesempatan itu juga mengucapkan tahniah buat mereka serta mendoakan yang terbaik untuk pasangan pelakon popular itu.
“Syantiknyaaa…”
“Jarang tengok…”
“Tahniah…”
“Tahniah kak dan abang…”
Sumber : HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda