Hiburan

Jutawan tudung Haliza Maysuri berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski

TERUJA menyambut menantu pertama, pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Maysuri tidak lokek berbelanja RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak sulungnya iaitu Zuhairi Syazwan.

Mana tidaknya, Haliza mengeluarkan belanja setengah juta hanya untuk busana dia dan menantu bagi memastikan penampilan mereka menyerlah pada majlis yang berlangsung di Hotel St Regis Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Pada majlis itu, menantu Haliza iaitu Sarah mengenakan busana mewah rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi 189,936 biji batu-batuan Swarozvki yang dibawa khas dari Austria.

Sarah melaram dengan rekaan tiara satu-satunya di dunia.

Busana mewah itu menggabungkan lima jenis batu dan warna Swarovski yang bernilai RM300,000.

Penampilan Sarah turut diserikan dengan tiara Swarovski dengan 233 kristal lutsinar direka khas untuk acara Vienna Opera Ball yang merupakan acara tari menari terkemuka Austria.

Menurut Haliza, tiara itu sangat berharga kerana ia merupakan hadiah daripada pihak Swarovski khas buat menantu kesayangannya.

Kata Haliza, hanya dia memiliki tiara tersebut memandangkan ia bukan untuk dijual.

“Tiara itu direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, inspirasi daripada perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski.

“Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan.

“Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski, tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” katanya.

Sementara itu, Haliza juga mengenakan busana mewah rekaan pereka Faizuluziaf yang dihiasi 72,000 biji batu-batuan Swarovski yang dibawa khas dari Austria bernilai RM170,000.00.

Haliza mengenakan busana bernilai RM170,000.00.

Busana Haliza juga diserikan dengan enam jenis saiz dan bentuk batu Swarovski malah fabriknya pula ditempah khas Eropah.

Malah perekanya telah menggunakan teknik ruching draping untuk menghasilkan cape dress tersebut selain menggabungkan tiga padanan warna.

Tidak hanya itu, busana mewah berkenaan juga mengambil tiga bulan untuk disiapkan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button