Hiburan

Syamsul kini ‘berkiblatkan’ keluarga Kazar – Datin Patimah

KUALA LUMPUR: Menjadi individu paling terluka kerana dibelakangkan anak sendiri, Datin Patimah Ismail sedia memaafkan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 39, walaupun atas segala keterlanjuran perbuatannya.

Namun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata, dia tidak mungkin dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana, 37

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” katanya menerusi balasan mesej di WhatsApp kepada Harian Metro.

Patimah berkata, dia reda apabila Syamsul nampaknya lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, 64, ketika ini.

Katanya, Syamsul juga tidak cuba menghubunginya selepas kali terakhir memaklumkan mengenai pernikahannya dengan Ira awal bulan lalu.

“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.

Patimah turut menjadi perhatian apabila kerap memberikan reaksi balas termasuk komen mengenai isu itu di media sosial.

Terbaru, dia turut memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

Sejak pengumuman Syamsul pada 6 Januari lalu bahawa dia dan Ira sudah bernikah, sorotan kisahnya menjadi perbualan rakyat Malaysia termasuk reaksi serta luahan pihak keluarga Syamsul.

Bukan setakat ibunya Patimah, bahkan bapanya Yusof turut meluahkan kekecewaan terhadap berita itu sehingga tular videonya menitiskan air mata dalam satu temu bual.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button