Hiburanosterreich find best escort sites

“Suka gosip tau”… Siti Nurhaliza ‘post’ gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan

SELEPAS timbul gosip kononnya rumah tangga bermasalah, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menepis segala dakwaan berkenaan.

Secara berseloroh, Siti atau Siti Nuraliza Tarudin, 45, turut meminta orang ramai agar tidak mudah membuat sebarang spekulasi berhubung hal berkenaan.

“Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan,” katanya ringkas.

Siti bersama Datuk K dan dua anak mereka.

Siti berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya berserta gambar dia bersama suami Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua orang anak mereka.

Foto terbaharu itu dirakam ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang terus mendoakan kebahagian Siti bersama suami.

Malah mereka juga tidak menyangka timbul dakwaan sebegitu sedangkan Siti baru sahaja mengadakan majlis berkenaan.

“Biasalah tu, netizen suka nak kacau sedangkan Siti bahagia.

“Mereka mudah berfikir negatif bila muat naik status,” komen netizen.

Siti menyambut ulang tahun ke-45 baru-baru ini.

Gosip rumah tangga Siti mula timbul apabila dia berkongsi kata-kata atau quote seakan memberi bayangan berlaku masalah berkaitan rumah tangga.

Siti bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan dan dilihat memadam perkongsian berkenaan.

Ramai dalam kalangan netizen yang membuat andaian mudah kononnya Siti dan Khalid atau Datuk K sedang dilanda masalah.

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button