Hiburan

“Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek” – Netizen Persoal Aliff Syukri Tak Buang Tanda Harga, Sekali Ini Respon Aliff Syukri

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian bersama peminat ketika meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, baru-baru ini.

Aliff Syukri, menerusi hantaran di Instagram mengakui bukan mudah untuk bertemu dengan ibunya itu sehinggakan perlu melakukan temujanji terlebih dahulu, malah turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya.

“Sebenarnya bukan senang nak jumpa Ratu semesta alam ni @bondarozitaibrahim kena buat appointment dulu tau. Walaupun pagi tadi sampai Malaysia sebab flight delay. Tetap gigih carikan hadiah untuk bonda tercinta.

Buat mak tercinta, terima kasih mak..Pengorbanan mak pada kami anak-anak tak ada galang gantinya, Kri sayang mak sampai ke syurga.”-Tulis Aliff Syukri.

Persoal Tidak Tanggalkan Tanda Harga Hadiah?

Walaubagaimanapun, terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan Aliff Syukri yang dikatakan tidak menanggalkan tanda harga pada hadiah ulang tahun kelahiran buat Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan sebentuk cincin yang bernilai puluhan ribu ringgit.

“Tanda harga tu memang kena tunjuk ek? Orang kalau kasi hadiah, tanda harga orang tanggalkan..😂😂.”-Komen netizen

 

Aliff Beri Respon!

Usahawan kosmetik ini kemudian membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk memudahkan jika ada yang bertanyakan nilai barangan tersebut.

“Bukan apa senang nanti kalau orang tanya berapa harga, beli kat mana senang kan kau dah ada tak ada harga hahaha.”-Balas Aliff Syukri

Antara komen lain netizen,

 

Video:

Sumber Murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button