Hiburan

Simpan Atau ‘Lepaskan’ Kandungan, Datin Rebecca Berk0ngsi; “Semua Anak Sebelum Ini Dilahirkan Menerusi Kaedah Caes4rean.”

BERITA gembira yang diumumkan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengenai kehamilan anak keenam rupa-rupanya turut datang dengan khabar duk4.

Rebecca, 36, berkata, kandungan itu beris1k0 tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembed4han dan mungkin membah4yakan dirinya kelak.

Apa lebih meruntun jiwa, Rebecca memberitahu ada kemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu bagi mengurangkan ris1k0 ketika bersalin.

“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tgggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.

“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.

“Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membah4yakan ny4wa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.

“Sebenarnya di sebalik berita gembira ini, saya dan suami perlu menerima hakikat bahawa kandungan kali ini sangat beris1k0 untuk saya.

“Esok kami akan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui sama ada kandungan ini boleh diteruskan atau pun tidak,” katanya ketika dihubungi mStar.

Rebecca bakal bertemu dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui keadaan kandungannya.

Menjelaskan mengenai kehamilan itu, Rebecca berkata, ia berisiko kerana akan menyebabkan kemudaratan terhadap diri termasuk risiko kematian ketika bersalin.

“Sekiranya saya pilih untuk meneruskan kehamilan ini, bayi akan selamat tetapi saya tidak.

“Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pemeriksaan dan keputusan yang akan diberitahu doktor nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rebecca mengakui berasa teruja apabila disahkan hamil walaupun tidak menyangka bakal bergelar ibu lagi.

Rebecca bersama suami dan anak-anak.

Kata Rebecca, dia tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana dia sendiri memang sukakan kanak-kanak.

“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.

“Saya pada awalnya terkejut juga kerana tak merancang untuk hamil. Tetapi ini semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Saya tak kisah mempunyai ramai anak kerana rumah saya sekarang pun dah macam sebuah tadika,” katanya.

Sementara itu, pelakon ini memohon agar peminat mendoakan kandungannya berada dalam keadaan baik dan dapat menempuh tempoh kehamilan tanpa sebarang masalah.

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: mStar, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button