Hiburan

Shuib batal hasrat ubah suai rumah selepas mimpi cari arwh SitiSarah… Baju terakhir dipakai jadi pengubat rindu

SELEPAS setahun pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib memberitahu pernah berhasrat untuk mengubah suai kediaman mereka bagi mendapatkan suasana baru dan melupakan kenangan bersama arwh.

Shuib, 38, bagaimanapun berkata dia terpaksa melupakan perancangan itu kerana dapat merasakan seolah-olah arwh Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya itu.

Shuib bersama ana-anak dan bapa Sarah, Raissuddin Hamzah.

“Selepas enam bulan arwh men1ngg4l dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan saya sudah berbincang dengan pereka dalaman.

“Bagaimanapun bulan lalu saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sedih.

“Dalam mimpi itu saya masuk ke rumah baharu, namun ketika itu tercari-cari arwh tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arwh sudah men1ngg4l dunia,” katanya kepada mStar.

Shuib ditemui di majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0v1d-19.

Gara-gara mimpi itu, Shuib berkata emosinya terganggu seharian, namun dia nekad untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.

Malah, sehingga kini Shuib masih menyimpan barang-barang peribadi milik arwh untuk dijadikan kenangan.

Baju terakhir yang dipakai arwh sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwh

SHUIB

PELAWAK

“Barang-barang arwh masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.

“Baju terakhir yang dipakai arwh sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwh,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Ayash kini berusia setahun.

Beberapa hari sebelum men1ngg4l dunia, Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button