Hiburan

“Keseluruhan Ada 18 Belon Dgn ‘Veil’ Sepanjang 15 Kaki” – Mas Idayu Buat Latihan 3 Hari Gara2 Kain Layah ‘Terapung’

Unik! Mungkin itu yang boleh diperkatakan apabila penyanyi Mas Idayu mengenakan ‘veil’ atau kain layah terapung bersama persalinan yang dipakai pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah premis acara, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Perancang perkahwinan yang juga pereka busana berkenaan, Anas Abdullah berkata, dia menggunakan 18 biji balon bagi menerbangkan kain layah terebut.

 

Malah, dia bersama ‘skuad cantiknya’ turut melakukan latihan bagi sesi tersebut selama tiga hari bagi memastikan ia berjalan seperti yang diharapkan.

“Bila Mummy (Mas Idayu) nak kahwin, saya bincang dengan dia nak buat sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain. Jadi, apa kita bincang adalah ‘veil’ terapung pertama di Malaysia. Hari ini terbukti, ‘veil’ berkenaan berjaya dipakai Mas Idayu.

“Keseluruhan ada 18 belon dengan ‘veil’ sepanjang 15 kaki. Selama tiga hari kami buat latihan dan percubaan untuk menerbangkan ‘veil’ ini. Alhamdulillah, malam ini berhasil.

“Memang penat, tapi Mummy cakap ia memang berbaloi. Sebab dia orang pertama yang pakai macam ni. Dia memang puas hati,” katanya.

 

Tambah Anas, kos gaun perkahwinan yang digayakan Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa mencecah sekitar RM12,000.

“Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak majlis perkahwinan yang ‘wedding of the year’. Jadi, bila Mummy nak kahwin kami memang sasarkan majlis ‘wedding of the year’.

“Apabila kami bagi pendapat, dia terima. Dia juga berikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menguruskan semua majlis. Alhamdulillah, inilah hasilnya,” katanya lagi.

Pada majlis itu, dianggarkan 320 tetamu hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis, media dan kenalan.

Antara artis yang hadir ialah Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Fauziah Latiff, Datuk Hattan, Hazama, Black Hanifah, Johan, Ozlynn Wati, Liza Hanim, Nabil Ahmad, Amelina, Ieda Moin dan ramai lagi.

Turut hadir bintang dari Indonedia, Soimah dan penyanyi dari Singapura, Kak Ros.

Terdahulu, Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi, hari ini.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur. 

Untuk rekod, penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button