Hiburan

“Tunggu sahaja kenyataan palsu daripada kakak saya” – Keluarga dakwa Aisyah Hijanah dikawal Alif Teega buat kenyataan palsu demi bersih nama

AHLI keluarga Aisyah Hijanah mendakwa personaliti media sosial itu dikawal oleh suaminya Alif Teega agar mengeluarkan kenyataan palsu bertujuan membersihkan namanya.

Justeru, Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan sebarang kenyataan dibuat wanita itu selepas ini.

“Jangan percaya pun kenyataan kakak (Aisyah) saya nanti. Dia telah dikawal oleh Alif untuk sucikan semula namanya.

Pendedahan yang dimuat naik Amirul di Instastory miliknya.

“Dah buat tapi tak nak terima kesalahan. Kalau orang buang air besar tengah jalan pun mana ada yang nak mengakukan?” katanya.

Amirul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Amirul turut memohon Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berhenti mengugut Aisyah demi kepentingan peribadi.

Kata Amirul, dia berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan selain sudah penat melihat sikap Alif terhadap Aisyah.

“Tunggu sahaja kenyataan palsu daripada kakak saya. Wahai Alif tolong jangan gertak isteri kau. Nak suruh kakak aku bersihkan nama kau yang sudah buruk, kan?

“Moga kebenaran akan terbongkar. Kalau dah buat sesuatu itu tolonglah fikir akibatnya. Sudah-sudahlah kawal isteri kau itu atas kepentingan kau.

“Dengan tak jumpa Umi ya, penatlah dengan jantan macam kau ini,” katanya lagi.

Aisyah dimadukan ketika sedang hamil anak ketiga.

Sebelum ini, Amirul membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. .

Malah Amirul mendakwa, Alif menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Pada petang Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitimya.

Aisyah didakwa sedang dikawal oleh Alif.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka dilanda ujian apabila ada pihak ketiga yang juga pekerja sendiri cuba mendekati Alif.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Sumber:  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button