Hiburan

Shila Amzah Umum Kehamilan – “Ada Sebab Kami Beritahu Sekarang…”

SPEKULASI sedang hamil akhirnya terjawab apabila penyanyi Shila Amzah mengesahkan dia dan suami iaitu Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, dia dan Ubai baru memaklumkan berita gembira tersebut kerana mahu memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik.

“Ada sebablah kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

Shila memaklumkan berita gembira itu di Instagramnya pada Khamis.

“Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya,” katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ubai turut berkongsi kisah pahit manis yang mereka lalui sepanjang tahun 2023 termasuk kehilangan dua orang tersayang iaitu abang dan ibunya.

“2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.

“Tahun lepas juga arwh adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwh mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

“Selesai cerita kami di tahun 2023 dan di tahun 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran (berita kehamilan),” ujarnya.

Sebelum ini, Shila meminta orang ramai untuk menghormati dirinya apabila ada menegur perubahan berat badannya.

Netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi lagu Patah Seribu itu kini sedang berbadan dua, namun Shila tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

Shila dan Ubai tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama mereka.

Untuk rekod, Shila dan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elia pada April 2018 berakhir dengan penceraian.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button