Hiburan

Pernah alami kegugvran dua kali, Fida Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim atau Fida, 38, kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan anak sulung lelaki pada tengahari, semalam.

Terdahulu, berita gembira berhubung kelahiran bayi itu dikongsikan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib, 39, menerusi hantaran di akaun Instagram.

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024.

“Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga,” katanya.

Pada awal November tahun lalu, Fida membuat perkongsian dia yang hamil kira-kira 25 minggu atau enam bulan di Instagram.

Fida berkata, dia bersyukur ke hadrat Yang Esa apabila impian dan rezeki untuk hamil menjadi kenyataan, sekali gus hasrat menimang cahaya mata dimakbulkan Allah selepas pernah dua kali mengalami keguguran.

“Alhamdulillah, saya amat gembira diberikan peluang lagi oleh Allah untuk hamil dan seterusnya akan menimang cahaya mata kerana saya dan suami tidak pernah putus berdoa selama ini.

“Apatah lagi, ketika alami keguguran dulu, ramai yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Terima kasih semua dan saya juga mendoakan yang baik buat kalian,” katanya menerusi laporan Harian Metro, sebelum ini.

Fida dan suami, Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.

Sumber :HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button