Hiburan

Sheila Abdull Selamat Lahir Anak Kedua, Nama Dipilih Sempena Bunga Klasik!

Kuala Lumpur: Penyanyi Sheila Abdull, 32, melahirkan anak kedua seberat 3.8 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahn pada 1 November lalu di sebuah pusat perubatan di Johor.

Sheila ketika dihubungi berkata, keadaannya dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik.

Sheila dan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir berhasrat untuk menamakan anak kedua mereka sempena nama bunga klasik.

 

“Memandangkan kakak (anak pertama) yang kini berusia tiga tahun dinamakan Chempaka Alaya, jadi kami nak namakan bayi ini Dahlia Aluna.

“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 8 November, tapi bayi baru 39 minggu dah 3.8 kg. Jadi tak nak tunggu tarikh itu t4kut dia semakin membesar. Jadi, kami pilih 1 November untuk menjalani pembedahn,” katanya kepadanya Harian Metro.

 

Penyanyi lagu Mungkinkah itu berkata, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga terlebih dulu.

“Minat untuk menyanyi tetap ada, tapi buat masa ini memang tiada perancangan lagi. Apapun kena tengok bagaimana situasinya nanti,” katanya.

Sheila atau nama sebenarnya Nursheila Abdullah pernah bertugas dengan syarikat penerbangan Malindo selama empat tahun.

Dia bagaimanapun ditamatkan kontrak pada Oktober 2020 ketika pandemik C0vid-19 melanda seluruh dunia.

Sumber:Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button