Hiburan

“Semoga Pancit 10 Kali…” – Peminat ‘Doa’ Persembahan Dengan AR Rahman Gagal, Ini Respon ‘Win’ Tokti

Ketika ramai yang memuji dan mengagumi persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika berduet dengan ikon muzik India, AR Rahman menerusi lagu Munbe Va, ada pula individu yang mengharapkan persembahan tersebut gagal.

Meskipun menggunakan foto Siti Nurhaliza sebagai gambar profil di akaun Twitter, individu tersebut tetap berbuat sedemikian kerana mahu memberi kesedaran kepada penyanyi berkenaan agar tidak terlalu meninggi diri.

“Semoga Tokti pancit 10 kali malam ini. Dah lama sangat duduk atas, sesekali jatuh baru sedar diri sikit siapa yang menyokong selama ini,” tulisnya.

Penyanyi lagu, Seindah Biasa itu akhirnya membalas ciapan tersebut pada pagi Ahad.

Menurut Siti, dia sendiri tidak menyangka kenyataan tersebut datang daripada individu yang mendakwa sebagai peminatnya.

Namun, dia tetap bersyukur kerana persembahannya pada malam tadi telah berlangsung dengan lancar dan turut mendapat reaksi luar biasa daripada peminat.

“MasyaAllah, kenapa macam itu doakan dik? Alhamdullillah, Allah swt permudahkan persembahan saya. Mungkin adik dah kena tukar gambar profile tu kot sebab cara penulisan tu ‘sesuatu’.

“Ini yang kadang-kadang saya pesan kepada sitizoners tulen, kita kena selalu hormat menghormati dan beradap,” balas Siti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Siti supaya mengabaikan komen-komen negatif tersebut.

“Tak usah dihiraukan Kak Iti. Manusia tak akan pernah puas. Lagi-lagi yang suka sembunyi belakang profile diorang. Keyboard warrior and fake sangat. On a side note, you did spectacularly amazing last night! Kawan-kaan India saya dari Singapore pun terpegun tau.

“Individu yang tweet macam ni belum kenal siapa Siti Nurhaliza. Congratulations Tok Ti.

“Teruknya mulut manusia. Hati busuk mulut pon busuk. Sabar Tok Ti. Manusia toksik tiada membawa apa-apa kebaikan. Jadi, abaikan saja.

“Setuju..Kena hormat dan beradab. Sitizoner tulen takkan merengek dan bersifat profesional serta selalu akan menghargai usaha Siti Nurhaliza.

“Haters yang konon peminat ni yang bahaya kadang-kadang. Dalam minat timbul benci. Terus berjuang Datuk Siti,” antara komen-komen netizen di Twitter.

Semalam, penampilan Siti sebagai penyanyi jemputan nyata menyemarakkan konsert mega, Konsert AR Rahman – Secret Of Success Live In Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ).

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button