Hiburan

Shahir Zawawi sah bergelar suami Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz, ini jumlah wang hantaran yg diberikan

BEKAS juara program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir Zawawi selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Jaludin Nongche dan disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapa.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan selain wang hantaran RM20,000.

Shahir dan Jaskin berkenalan selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Pada majlis yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang itu, pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.

Sementara itu, Shahir memberitahu perkenalan dengan Jaskin, 30, sejak dua bulan lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah syukur segalanya telah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Debaran menantikan untuk disatukan sebagai suami Jaskin.

“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar tetapi selepas semuanya selesai saya kini rasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunagnan pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, Shahir dan Jaskin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button