Hiburan

Gadis Cina Terjemahkan Bahasa Diguna Dalam KL Gangster, Ramai Suka Penjelasannya

Filem aksi jenay4h, KL Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof ini sudah lama diterbitkan. Biarpun filem ini sudah menemui penonton sekitar 11 tahun lalu, namun sehingga kini masih ramai yang cukup kenal dengan jalan cerita dan dialog yang dilontarkan oleh para pelakon.

Mengetengahkan kisah tentang samseng dan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dianggap antara yang berjaya menambat hati penonton. Walau bagaimanapun, baru-baru ini rakaman seorang gadis dipercayai berbangsa cina telah mencuri perhatian ramai.

Gadis tersebut yang juga pemilik akaun TikTok dengan nama akaun lowsokying telah berkongsikan terjemahan bahasa Cina digunakan para pelakon dalam KL Gangster tersebut. Beberapa dialek ditemui dan setiap ayat itu memiliki maksud tersendiri.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan gadis Cina terjemahkan bahasa diguna dalam KL Gangster ini:

Video:

@lowsokying

Replying to @kechikelmo Lei sao dou mou? 👌 #klgangster

original sound – Low Sok Ying – Low Sok Ying

Perkongsian oleh gadis cina terjemahkan bahasa diguna KL Gangster ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan meraih jutaan tontonan. Malah cara penyampaiannya juga diakui cukup menarik dan menghiburkan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang memuji perkongsian oleh gadis ini. Berikut antara reaksi ramai yang diluahkan di ruangan komen perkongsian menarik tersebut:

“Terlalu asyik dengar u bebel”

“Terbaik konten ni..Memberi ilmu walaupun saya tak pernah dan pandai cakap cina”

“Amoi boleh berlakon KL Gangster lepas ni”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button