Hiburan

Hasrat Nuha Bahrin menyanyi di majlis konvokesyen sendiri tercapai, tapi pencapaian akademik dia dpt pujian ramai

KEGEMBIRAAN berganda buat penyanyi Nuha Bahrin apabila berpeluang membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia Malaysia (MMU) selain turut menerima skrol ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran pada Isnin.

Tidak hanya mendapat sambutan baik daripada rakan-rakan pada majlis tersebut, Nuha, 22, juga berbesar hati apabila rakan duetnya, Naufal Azrin turut bersetuju membuat penampilan bersamanya di atas pentas menyanyikan lagu popular mereka, Casablanca.

“Memanglah saya gembira sangat. Selama ini saya selalu dijemput untuk menyanyi di majlis konvokesyen dan kali ini dapat buat persembahan di hari yang amat bersejarah buat saya.

Nuha bersama rakan-rakan di hari konvokesyen.

“Ia telah dirancang sejak awal lagi dan saya terharu apabila Naufal juga setuju untuk tampil bersama di atas pentas. Ini adalah sesuatu yang saya mahu buat untuk universiti,” katanya kepada mStar.

Bercakap tentang perjalanan sepanjang dua tahun bergelar pelajar dan penyanyi, kata Nuha ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk membahagikan masa sebaik mungkin supaya kedua-duanya berjalan lancar.

Di sebalik jadual seni yang sibuk, Nuha berjaya memperoleh kelas pertama dalam pengajian dan itu merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat dirinya.

“Syukur sasaran saya untuk dapat kelas pertama tercapai. Saya amat gembira apabila dapat membuatkan kedua ibu bapa bangga dengan pencapaian ini.

“Bukan senang nak uruskan kerjaya seni dan pelajaran pada satu masa. Namun saya boleh katakan segala penat lelah selama ini berbaloi,” ujarnya.

Saya amat gembira apabila dapat membuatkan kedua ibu bapa bangga dengan pencapaian ini

NUHA BAHRIN

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi ini juga berharap dapat memanfaatkan ilmu di universiti untuk membina empayar perniagaan sendiri di masa akan datang.

Nuha yang juga minat dalam bidang fesyen bercita-cita mahu memiliki jenama sendiri suatu hari nanti.

Nuha mahu miliki perniagaan sendiri.

“Buat masa sekarang saya akan fokus dahulu dalam kerjaya seni. Kita lihat sejauh mana boleh pergi.

“Saya takkan sia-siakan ilmu di universiti dan berharap akan ada perniagaan sendiri nanti. Saya minat fesyen dan memasang impian untuk ada jenama sendiri nanti,” jelasnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button