Datuk Nora teruja usia 49tahun D0ktor cakap boleh tambah anak, Sekali Reaksi anak pula jadi perhatian

SELEPAS setahun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Dr Rushdi Ramli, penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat menimang cahaya mata meskipun diberitahu doktor dia masih boleh hamil.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, sebaliknya berkata, dia kini gembira dengan kehadiran anak-anak dan cucu malah puteri bongsunya juga seakan-akan tidak memberi ‘green light’ dia menambah zuriat.
“Doktor kata boleh tambah lagi… Puteri kata, No No! Tak!
Nora sudah bahagia bersama anak-anak dan cucu.
“Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” katanya.
Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.
Penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini memberitahu, pada usianya yang bakal memasuki 50 tahun, dia mahu lebih fokus kepada amal ibadah serta menikmati kehidupan bahagia bersama suami dan keluarga.
“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan dan menyokong suami itu lebih baik,” ujarnya.
Nora bersama suami, Dr Rushdi Ramli.
Terdahulu, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.
Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Bagaimanapun, Johan men1ngg4l dunla pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda