Tips

Semakin lama kipas semakin ‘tak function’, cuba ikut 7 langkah mudah ini baiki sendiri di rumah

KIPAS angin merupakan peralatan elektrik yang biasanya ada di dalam hampir setiap rumah.

Ramai yang sedar tahap kelajuannya semakin menurun sekiranya sudah digunakan dalam tempoh beberapa tahun.

Masalah ini adalah normal apatah lagi jika kipas digunakan hampir setiap hari.

Sekiranya berlaku situasi seperti ini, anda tidak perlulah membeli kipas baharu atau menghantarnya ke kedai untuk servis atau baik pulih.

Sebaliknya, boleh cuba sendiri cara mudah ini supaya putaran kipas angin anda kembali laju seperti asal.

Cara mudah mengeluarkan dan menggantikan kapasitor.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, lutfyhady cukup memberikan manfaat kepada semua.

Ikuti 7 langkah mudah ini untuk kipas anda kembali kepada kelajuan asal:

1. Mulakan dengan membuka skru yang berada pada sangkar kipas dan juga buka penutup hadapan kipas.

2. Cabut ‘telinga’ sebatang yang berfungsi untuk menggerakan kipas ke kiri dan kanan.

3.    ’Bogelkan’ kipas sehingga boleh nampak kotak hitam (kapasitor) di dalamnya.

Gantikan kapasitor baharu pada kipas.

4. Dapatkan kapasitor yang sesuai mengikut ‘ value’ kipas di kedai perkakasan elektrik.

5. Jika remeh nak buka satu-persatu, potong solder dengan kapasitor baharu.

6. Bagi menggantikan wayar hitam, potong pelekat hitam untuk dijadikan sambungan.

7. Pasang dan skru semula sepertimana kipas asal.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button