Cara Bersihkan Ikan Keli Supaya Tak Bau Hanyir & Tip Goreng Tak Meletup Serta Rangup
Ramai yang suka makan ikan keli tapi tak ramai yang mahu masak di rumah. Sebabnya kalau tak bersihkan betul-betul akan ada bau hanyir kemudian bila nak goreng meletup-letup pulak. Itu yang tak sanggup.
Sememangnya untuk siang atau bersihkan ikan keli ada caranya untuk elak bau hanyir. Bagi yang nak cuba masak atau goreng sendiri ikan keli ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Afy Al Habibi. Beliau juga turut berkingsi tip supaya ikan keli goreng jadi rangup dan tak meletup-letup waktu digoreng.
Tip bersih ikan keli supaya tak hanyir, goreng tak meletup & rangup
Tip untuk peminat ikan keli. Cikgu nak beri tip kepada yang belum tahu. Masalah utama ikan keli ni ada satu bau yang kuat. Hanyir sangat. Jadi cikgu nak kongsikan cara hilangkan bau tersebut.
Cikgu juga ada bagi resepi mudah untuk goreng ikan keli supaya menjadi rangup. Rupa ikan keli pun elok lurus je badannya. Takda yang patah pinggang. Paling penting masa gorengnya tak meletup-letup.
Okay jom mula. Tengok betul-betul dekat gambar.
1. Selepas bersihkan lemak dan darah beku di tengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Dekat dengan jari cikgu tunjukkan. Gunting sedikit pada bahagian tersebut. Buat kiri dan kanan bahagian ikan.
Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang. Kenapa cikgu kata begitu? Sebab dah banyak kali terkena. Nampak kan? Kedua-dua belah tu kena korek keluar.
2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.
3. Kemudian tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Kemudian barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.
4. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk di bawah:
-1 ulas bawang putih
-Sehiris nipis halia
-Serbuk kunyit
-Garam
-Secukup rasa
5.Tip seterusnya untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum. Goreng guna tips ini juga buat ikan tak melekat. Malah ikan keli juga lebih rangup.
6.Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.
Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.
Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Afy Al Habibi
Kredit: Vanilla Kismis
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.