Bibik kongsi cara cuci karpet guna mop, wanita kagum keberkesanannya… guna vakum pun kalah!
HAMPARAN karpet pelbagai corak merupakan penambah seri bagi ruang dan sudut dalam kediaman kita.
Namun, sifat karpet yang bersaiz besar, berat dan berbulu pastinya menyukarkan kita untuk membersihkannya secara berkala.
Paling mudah, kebanyakan pemilik rumah akan menggunakan penyedut hampagas atau vakum untuk menghapuskan debu dan habuk yang bersarang di dalam bulu-bulu karpet.
Ramai yang menggunakan vakum untuk mencuci karpet di kediaman masing-masing. (Gambar Hiasan)
Namun, seorang wanita dikenali sebagai Syarifah Farhana Syed Fadzil atau Fana berkongsi teknik menarik yang diajar oleh seorang pembantu rumah untuk mencuci karpet.
“Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia… karpet boleh mop ya?
“Dia kata boleh mop untuk hilangkan habuk. Biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman. Jadi dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah.
“Semput juga dik oi macam nak tercabut jantung Fana. Tapi lepas mop tu anda akan rasa macam karpet baharu yang bersih gila, bebas kuman parasit bagai,” ujarnya.
Berikut merupakan cara mudah untuk mop karpet kediaman anda:
Pertama, masak air di dalam cerek atau periuk.
Selepas mendidih, curahkan air ke dalam baldi mop. Yang penting, hati-hati ketika melakukan proses ini.
Corak karpet yang cantik menjadi penyeri dekorasi kediaman. (Gambar Hiasan)
Kemudian, letak garam kira-kira dua sudu makan, satu penutup cecair pencuci pure Detol.
Selepas itu, pastikan anda perah mop itu sehingga tiada air yang menitik sebelum ia digunakan ke atas permukaan karpet. Ingat, jangan perah menggunakan tangan kerana air yang panas boleh menyebabkan anda melecur.
Gerakkan mop di atas permukaan karpet bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersembunyi.
Kalau boleh, beli mop khas untuk membersihkan karpet sahaja dan elak gunakan mop yang digunakan untuk membersihkan lantai ruang lain di rumah anda.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.