Hiburan

“Gambar kahwin pun delete” – Padam gambar bersama suami di media sosial, Fatin Afeefa kongsi foto bertudung

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Fatin Afeefa dilihat memadam hantaran melibatkan suaminya iaitu Aliff Awang di Instagram miliknya.

Bukan sahaja foto dan video bersama Aliff sudah lenyap, malah pelakon berusia 29 tahun itu kini kerap memuat naik hantaran dengan mengenakan hijab selepas pulang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Mei lalu.

Tinjauan mStar di TikTok milik Fatin bagaimanapun mendapati video perkahwinan pasangan itu masih ada di platform berkenaan.

Fatin dan Aliff masing saling mengikuti di Instagram.

Tindakan itu mengundang pertanyaan dalam kalangan pengikut yang merasakan ada sesuatu tidak kena tentang rumah tangga mereka.

Apatah lagi Fatin baru-baru ini menyindir Aliff berikutan suaminya itu mencetuskan kontroversi berhubung dia merendah-rendahkan pengguna kereta bukan kategori supercar sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.

“Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (merujuk kepada Aliff) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara dasarnya bukan supercar.

“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutamanya merendah-rendahkan orang. Kena fikir anak bini. Kasihan siapa bini dia tu,” kata Fatin.

Tidak hanya Fatin, Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai turut melakukan perkara serupa dan hanya meninggalkan hantaran melibatkan pelaburan saham secara atas talian yang dijalankan.

Aliff dan Fatin masih mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan tindakan mereka itu mungkin disebabkan mahu bersikap low profile selepas pelbagai kontroversi melibatkan mereka sejak kebelakangan ini.

Pasangan ini sering menjadi bualan netizen sejak akhir-akhir ini.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan penjelasan Fatin berhubung perkara itu tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dibuat tidak berbalas.

Untuk rekod, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022 di sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani pada 21 Disember 2013 namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button