“Selama ini watak kecil pun saya ambil” – Usaha keras Bell akhirnya berbaloi
Sepanjang tempoh undian ABPBH35 dibuka bulan lalu, perhatian netizen bertumpu kepada Bell Ngasri yang tercalon bagi kategori Anugerah Artis Komedi Popular.
Selama 37 tahun berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia, inilah kali pertama namanya tercalon dalam anugerah berprestij itu.
Pertama kali tercalon di ABPBH, Bell Ngasri julang trofi bermakna. Alhamdulillah, syukur kepada Allah! Akhirnya harapan doa peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap kemenangan Bell Ngasri telah tercapai.
Disampaikan oleh Jannah Nick dan Puteri Sarah Liyana, tahun ini kemenangan itu sah menjadi milik artis bertubuh genit ini. Pengumuman gembira itu cukup menggamatkan suasana di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Suasana di Istana Budaya bergema dengan tepukan & sorakan gemuruh. Terpancar ekspresi gembira di wajah, Bell mengucapkan terima kasih buat semua yang sudah menyokongnya selama ini.
Segak dengan busana sut merah dan kain semutar di kepala, pelakon yang terkenal dengan watak Barkoba ini sempat berseloroh lawak dengan kemenangan itu.
Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, berkata, sejak namanya diumumkan tercalon dia sudah memasang niat untuk ke Makkah meskipun tidak memenangi sebarang trofi.
“Saya tak pernah cerita pada orang tapi apabila nama disebut-sebut sebagai calon, saya dah pasang niat dalam hati untuk mengerjakan umrah.
Bell membawa pulang dua trofi di ABPBBH35.
“Syukur niat tersebut tercapai apabila ia datang sekali dengan trofi kemenangan ini,” katanya kepada mStar.
Selain membawa pulang trofi, Bell juga menerima tajaan pakej umrah sempena kemenangannya pada acara yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.
Mengimbau sepanjang 37 tahun bergelar anak sni, Bell memberitahu dia tidak pernah mengidam gelaran popular kerana baginya lakonan adalah punca rezeki dan komited terhadap kariernya.
Malah dedah Bell, dia juga pernah datang ke lokasi penggambaran meskipun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya selain masih bekerja pada hari pernikahannya.
“Orang tak pernah tahu di hari pernikahan dan persandingan sendiri pun saya masih bekerja malah tetap datang ke lokasi penggambaran selepas terlibat kemalangan.
“Bagi saya itu komitmen dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi.
Selama ini watak kecil pun saya ambil. Saya tidak pernah putus asa untuk berlakon sejak dulu. Rasa berbaloi ibu saya suruh terus berlakon sejak kecil
BELL NGASRI
PELAKON/PELAWAK
“Sepanjang bergelar pelakon, saya tak pernah terfikir nak popular malah status bintang pun saya tak mahu,” katanya.
Pada malam kemuncak ABPBH35, Bell turut memenangi kategori Artis Komedi Popular menewaskan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.
Kemenangan ini juga menjadi bukti bahawa penglibatannya dalam bidang seni bukan hanya dinilai menerusi watak utama mana-mana drama atau filem.
Usaha keras Bell dalam kerjaya seni berbaloi dengan kemenangan di ABPBH35.
“Selama ini watak kecil pun saya ambil. Saya tidak pernah putus asa untuk berlakon sejak dulu. Rasa berbaloi ibu saya suruh terus berlakon sejak kecil.
“Dalam pertengahan kerjaya seni, ada pengarah yang pernah mempertikaikan kononnya orang ‘ketot’ (pendek) macam saya tak boleh jadi pelakon. Trofi ini adalah bukti kepada mereka yang pernah berkata demikian kepada saya,” jelasnya.
Selain ucapan kepada ibunya yang banyak bersusah payah dari dia kecil, Bell turut menyampaikan penghargaan itu buat Allahyarham Mamat Khalid. Tak cukup 1, siapa sangka Anugerah Bintang Paling Popular turut dimenangi olehnya.
`Kempen’ mengundi Bell raih sambutan luar biasa dari awal. Terdahulu, ramai orang yang terjebak menyertai `kempen’ undian Bell Ngasri dengan cara berkongsikan link undian rasmi di pelbagai platform.
Bukan seorang dua, malahan ribuan peminat bersepakat merealisasikan harapan Bell untuk merasai kemenangan itu. Tambahan pula, pelakon tersebut sudah menghiburkan kita semua sejak usia kecil lagi.
Sumber : kisahdunla, mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda