“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia” – Peng0rbanan tidak dihargai suami, Ibu mentua sokong keputusan minta dilepaskan
PELAKON Puteri Sarah Liyana menerima sokongan ramai selepas menyatakan hasrat mahu menamatkan perkahwinannya dengan suami Syamsul Yusof.
Selain peminat dan rakan artis, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail turut dilihat memberikan sokongan terhadap apa jua keputusan yang boleh memberi kebahagiaan kepada Sarah.
Kata Patimah, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, layak mendapatkan kebahagiaan setelah sekian lama tidak dihargai oleh suaminya.
Patimah mendakwa Sarah berhak untuk hidup bahagia.
Patimah turut mempersoalkan keadilan buat Sarah dan anak-anaknya kerana kebahagiaan mereka telah dirampas sehingga aktres itu terpaksa membesarkan anak sendirian.
“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah kerana pengorbanannya langsung tidak dihargai.
“Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini?,” katanya.
Patimah menulis luahannya itu menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Sarah pada Selasa.
Sementara itu, rakan artis iaitu Lufya turut memberikan sokongan dan meminta Sarah menghentikan kemelut rumah tangga mereka dan berhak untuk hidup lebih tenang.
Kata Lufya, dia tidak mahu melihat Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah dan berhenti melayan segala drama.
“Hentikan semua ini Sarah. Jangan layan ‘drama’ ini lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak.
“Biarkan mereka dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu lihat awak dan anak-anak jadi bahan fltnah lagi. Terima ketentuan yang telah ditakdirkan ini,” ujarnya.
Lufya turut meninggalkan komen tanda sokongan.
Terdahulu, Sarah memohon Syamsul untuk melepaskannya segera kerana dia tidak rela hidup bermadu.
Menurut Sarah, sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak berbincang menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.