Hiburan

“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua…” – Ini pesanan Ziana Zain kepada anak-anaknya

EMPAT tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain berkata dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka iaitu Armin Zaharin.

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.

“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu.

Ziana Zain bersama anak-anaknya.

“Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah ini berkata demikian ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu.

Dalam rakaman itu, Ziana Zain juga dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

Dalam pada itu, Ziana juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka itu apabila sudah tua kelak.

Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.

Ziana Zain bersama Neelofa dalam Next To Neelofa.

“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.

 

Video:

Perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada warganet dan ramai yang terharu dengan tindakan Ziana ini. Antara komen-komen mereka :

 

” Beautiful heart, What a gold hearted person you are kak ziana. Terharu dengar pesanan Ziana ni.. bukan semua orang ada sifat memaafkan seperti ini.. “

” Begitulah saya pesan pada anak2 saya … seandainya ayah dah tua nanti ayah sak1t dan takde siapa nk jaga ayah , korang anak2 ayah jaga dan amik alih tugas masing2 jaga ayah .. bur0k baik ayah dia ttp ayah kalian.. “

” Alhamdulillah respect dengan Ziana ni, satu pesanan buat kita semua, baik atau sebur0k mana pun sifat bapa kita, tolong ambik peduli.. “

” Masya Allah mulianya hati Ziana Zain, tersentuh hati saya mendengar pesanan khas untuk anak-anak ni. Betul baik burukpun tetap ayah sampai mat1.. “

” Betul tu. Mak ayah tiada galang ganti. Baik burvk diorang tetap ibu bapa kita. Kasih sampai syurga. terbaik lah Ziana, kita pulak yang seb4k tengok.. “

” Hati seorang wanita yang bergelar ibu, walau apa pun yang jadi dulu itu semua hanya t1nggal sejarah dalam lipatan hidup. Memaafkan itu yang terbaik, saya kagum dengan Ziana.. “

” Tersentuhnya dengar pesanan Ziana untuk anak-anak ni. Ayah, burvk baiknya tetap ayah. Ziana sangat baik orangnya dan pemaaf.. “

Untuk rekod, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018.

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button