Hiburan

“Saya Bukan Ustaz , Nak Tip Pergi Kursus” Abang Tesla Tak Galak Lelaki Poligami , Hidup Sibuk Selepas Berbini Dua.

Personaliti media sosi4l Abang Tesla mendedahkan dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi sekiranya isteri keduanya itu gagal memberikan zuriat.

Mengulas mengenai perkara itu, Abang Tesla berkata bukan mudah untuk menjalani kehidupan berpoligami dan menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah SWT.

“Benda tu saya bergurau je sebenarnya, bukannya serius pun. Setelah melalui fasa berkahwin dua ni, mungkin tidak la kot(kahwin lagi) cukup la.

Isu poligami ini atas pilihan individu bukannya semua orang wajib untuk berpoligami, kalau anda rasa mampu silakan, tapi macam saya yang sudah lalui jadi tak sarankan.

“Bila berkahwin dua ni kehidupan saya pun jadi makin sibuk sebenarnya, setiap hari jadual mesti padat tapi Alhamdulilah tuhan bagi rezeki dekat saya dengan baik setakat ini,” kata Abang Tesla 

Terdahulu, INDIVIDU yang paling menjadi bualan hangat di media sosial saat ini, Abang Tesla mendedahkan secara eksklusif mengenai poligami yang menarik perhatian Malaysia.

Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri mengatakan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan.

Lelaki yang senang dipanggil Kal ini juga mendedahkan berkenalan dengan wanita berusia 22 tahun tersebut melalui platform media sosial.

“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.

Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah.

Tanpa melanjutkan bagaimana proses percintaan tercetus, Kal mengatakan apa yang penting perkahwinan kedua itu mendapat restu seluruh keluarga.

“Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap.

“Tapi yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul,” katanya lagi.

Kal turut memberitahu usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.

“Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doakan yang baik baik,” pintanya lagi.

Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.

Sumber:Mstar , Hm, Gempak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button