Hiburan

CEO Awesome TV bakal berdepan saman… “Jangan sibuk jaga hal orang, bayar dulu hutang produser” – A. Aida

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas berdepan tindakan sam4n oleh penerbit drama Datuk A Aida kerana mengh4sut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) supaya mengambil tindakan tegas menggugurkannya sebagai ahli lembaga agensi itu.

A. Aida atau Zaidah Awang berkata, pemilik stesen televisyen itu tidak berhak untuk mempersoalkan pelantikannya kerana ia telah dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Atas kapasiti apa dia hendak mencadangkan Finas mengambil tindakan terhadap saya? Saya tidak buat apa-apa kesalahan dalam Finas malah penyertaan saya sebagai ahli lembaga Finas ialah untuk membantu agensi itu dalam memberi manfaat kepada pekerja-pekerja seni,” katanya kepada mStar.

A. Aida mengulas laporan media memetik kenyataan Adam yang mendakwa dia tidak layak menggalas peranan sebagai ahli perbadanan Finas selepas dia melontarkan pandangan hanya memilih pelakon kacak dan cantik untuk berlakon bawah produksi keluaran syarikatnya.

CEO Awesome TV, Datuk Adam Ilyas.

Adam dalam siaran medianya tidak bersetuju dengan pendapat A. Aida selain menegaskan kenyataan wanita itu tidak bijak dan merosakkan industri seni negara apatah lagi ia datangnya daripada seorang ahli Lembaga Pengarah Finas.

Jelas A. Aida, kenyataannya sebelum ini atas kapasiti dia sebagai ahli perniagaan iaitu penerbit A. Aida Production yang mana pemilihan pelakon berdasarkan rupa paras dibuat selepas persetujuan dengan stesen televisyen dan juga kerana mengikut kehendak skrip.

Malah kriteria pemilihan pelakon bawah produksinya, seseorang itu perlulah mempunyai bakat terlebih dahulu sementara soal wajah pula ialah pakej tambahan.

“‘Kalau yang datang uji bakat tu kacak, sado dan cantik tapi lakonan macam kayu, takkan saya nak ambil?

Atas kapasiti apa dia hendak mencadangkan Finas mengambil tindakan terhadap saya?

DATUK A. AIDA

PRODUSER

“Tahu atau tidak, dah berapa ramai pelakon kacak, sado dan cantik yang saya ‘reject’ semasa datang uji bakat? Saya juga perlu menjaga kualiti dalam sesebuah penerbitan saya,” tambahnya.

Dalam pada itu A. Aida menegur Adam agar tidak sibuk menjaga hal orang lain sebaliknya menyelesaikan dahulu masalah yang dihadapi dengan produser drama tempatan.

Selaku Timbalan Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) A. Aida mendedahkan pihaknya mendapat banyak aduan daripada produser bahawa pihak Awesome TV tidak melunaskan bayaran karya yang disiarkan di saluran TV itu.

“Ramai produser pengadu kepada pihak kami, Awesome TV masih tak bayar hutang selepas membeli karya mereka.

Kenyataan A. Aida disalah erti oleh ramai pihak.

“Produser dah keluarkan duit untuk bayar pelakon tapi kalau stesen TV masih tidak lunaskan pembayaran, macam mana produser kita nak cari makan apatah lagi kalau ia melibatkan produser baru.

“Sepatutnya stesen TV seperti Awesome ini membantu produser-produser kita dan bukannya memberi beban kepada mereka,” tegurnya yang menuntut agar pembayaran tertangguh kepada produser dibuat segera.

Tanpa mahu mendedahkan nama-nama produser yang menjadi m4ngsa A. Aida berkata, walaupun kenyataan dia baru-baru ini mengundang kontroversi namun dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana artis yang berlakon bawah syarikatnya.

Justeru A. Aida menuntut agar CEO stesen televisyen berkenaan agar menarik semula kenyataan dibuatnya itu.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button