Hiburan

Perlu bekorban untuk dapatkan kebaikan, ramai yang marah bila Puteri Sarah tarik balik saman pada Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah menyedari tindakan menarik semula saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan wargamaya. Ketika ditemui, Sarah berkata keputusan tersebut diambil selepas membuat perbincangan bersama bekas suaminya, Syamsul Yusof dan ahli keluarga yang lain.

Malah, kata Sarah itu merupakan yang terbaik demi mendapatkan kebahagian yang diidamkan.

“Saya tahu ramai orang marah dengan keputusan saya menarik semula kes saman terhadap pihak sana (Ira Kazar), tapi saya perlu buat apa yang seharusnya saya lakukan. Sebelum ini memang betul saya kata nak lwn, tapi adakalanya saya perlu berkorban untuk mendapatkan kebaikan. Orang luar tidak faham dan tidak tahu macam mana keadaan sebenar, tetapi biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Namun apa yang boleh saya katakan ini adalah keputusan yang terbaik selepas membuat perbincangan.”

Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada malam Selasa. Dalam pada itu, disoal adakah sudah bersedia untuk bertemu dengan anak kepada aktor Kazar Saisi itu, Sarah berkata dia belum berfikir ke arah itu lagi.

“Saya tidak sampai ke tahap itu lagi dan saya tidak mahu beri sebarang komen.”

Terdahulu, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon Puteri Sarah terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluarganya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Pasangan itu kemudian disahkan berpisah talak satu pada 13 Jun lalu.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button