Hiburan

“Saya tengah susah, ambil la saya berlakon” – Pelakon Melia Aimelia jaga bapa saklt, hidup dengan bantuan Baitulmal

TIADA pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan daripada badan kebajikan, pelakon Melia Aimelia berharap kembali menerima tawaran lakonan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Melia atau nama sebenarnya Noor Amelia Zaidi, 28, berkata, keputusan memperlahankan karier seni pada tahun 2012 kerana menjaga bapanya yang saklt menyebabkan ramai menyangka dia sudah mengundurkan diri daripada industri lakonan.

“Selepas tahun itu saya ada menerima tawaran tapi terpaksa tolak sebab keadaan ayah yang tidak sihat dan semakin tervk pada tahun 2020.

Melia sedih ketika berkongsikan kisah hidupnya saat ini.

“Ayah terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali, sebabkan nak jaga ayah, saya ambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja dan tidak menerima tawaran berlakon.

“Sejak itulah ramai menyangka saya terus mengilangkan diri, ada juga yang masih ingat dan bertanya keadaan saya,” katanya.

Melia berkongsi mengenai kehidupan terkininya itu semasa menerima kunjungan mStar di kediamannya terletak di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Gara-gara tiada sumber pendapatan, Melia berkata dia kini bergantung bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ihsan orang ramai.

Enggan lagi terus meminta-minta, pelakon yang pernah membintangi filem Karipap Karipap Cinta ini berharap ada pihak sudi menawarkan peluang berlakon agar dia boleh menyara keluarga.

“Saya tidak mempunyai sumber pendapatan pada saat ini kerana tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumbangan daripada ihsan orang ramai dan pihak Baitumal.

“Kalau ada rezeki saya dalam industri seni ini Insya Allah… jika tiada, tak apa mungkin belum rezeki saya!

Mungkin ada sesetengah pihak berfikir saya ada masalah attitude sebab selalu tolak tawaran lakonan tapi sebenarnya saya yang dah tak tahu rentak industri sekarang ini

MELIA AIMELIA

PELAKON

“Cumanya untuk sekarang ini memang keutamaan saya adalah bidang lakonan sebagai sumber pendapatan yang tetap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Melia memberitahu tujuannya berkongsi mengenai kesempitan hidupnya kerana enggan dipandang serong oleh masyarakat kononnya dia hanya menagih simpati dan bantuan semata-mata.

Malah, dia berharap liputan mengenai kehidupan terkininya ini sedikit sebanyak membuka kembali ruang untuknya menerima tawaran lakonan.

Melia mula mencipta nama menerusi filem Karipap Karipap Cinta pada tahun 2012.

“Mungkin ada sesetengah pihak berfikir saya ada masalah attitude sebab selalu tolak tawaran lakonan tapi sebenarnya saya yang dah tak tahu rentak industri sekarang ini.

“Sekurang-kurangnya apabila keluar berita mengenai saya ini dapatkan membantu menguar-uarkan kepada produksi dan orang ramai mengenai keberadaan saya.

“Saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan demi menyara kehidupan keluarga,” katanya.

Untuk rekod, bapa Melia yang dikenali sebagai Zaidi disahkan menghidap kanser dan jangkitan itu merebak di beberapa bahagian organ lain termasuklah paru-paru dan selaput otak.

Tahap kesihatan bapanya itu semakin merosot sejak tahun 2020 dan masih dalam pemantauan doktor.

Kini, Melia tinggal bersama ibu bapanya serta seorang adik di pangsapuri program perumahan rakyat (PPR).

 

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button