Hiburan

Ramai desak konsert Coldplay dibatalkan, ini respon Ramly MS – “Banyak perkara perlu diambil kira”

PENGARAH muzik Datuk Ramli MS berpendapat pihak yang mendesak konsert kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur dibatalkan sebagai bukan pembeli tiket.

Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 56, berpendapat pelbagai perkara perlu diambil kira untuk membatalkan konsert tersebut dan ia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

“Kalau cakap fasal ekonomi kita kena selidik daripada segi penjualan tiket, tempahan hotel, tiket kapal terbang dan sebagainya.

Ramli berpendapat penelitian khusus perlu dilakukan sebelum membuat keputusan.

“Sebenarnya individu yang menggesa konsert tersebut dibatalkan adalah orang yang tak beli tiket.

“Ia juga melibatkan banyak pihak termasuk penaja, lokasi konsert dan sebagainya. Jadi hanya orang atasan sahaja yang boleh buat keputusan sama ada ingin terus atau batal,” katanya kepada mStar.

Ramli berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media ASGV minggu ke-9 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Ramli memberitahu dia bukan individu yang sesuai untuk menjawab tentang isu berkenaan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Perkara ini perlu dilihat daripada pelbagai sudut termasuk agama, tingkah laku, bisnes, budaya.

“Saya tidak boleh menjawab tentang isu ini kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan,” ujarnya.

Sebenarnya individu yang menggesa konsert tersebut dibatalkan adalah orang yang tidak membeli tiket.

DATUK RAMLI MS

PENGARAH MUZIK

Sebelum ini, Ketua Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) iaitu Dr Muhammad Alihanafiah Norasid mendesak agar penganjuran konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dibatalkan.

Kata Alihanafiah, penganjuran konsert berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia selain ia jauh daripada norma dan tatasusila tempatan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert tersebut tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button