Hiburan

Ditanya ‘Dekan ke sis’ Intan Najuwa kongsi video ruang belajar tinggal komen, tak sangka ini respon Intan

Pelakon, Intan Najuwa merupakan salah seorang selebriti yang tidak hanya popular kerana rupa paras jelitanya malah dia juga dikenali dalam dunia hiburan tanah air disebabkan lakonannya memegang watak yang pelbagai berjaya jadi tumpuan peminat drama sehingga dia acap kali memegang watak utama.

Walau bagaimanapun, Intan Najuwa juga dikagumi para gadis apabila dia bukan sekadar pelakon yang baik malah dia juga salah seorang wanita yang sangat rajin apabila dia menyambung pembelajaran dalam jurusan Undang-Undang di Kolej BAC Singapura sejak Disember tahun lalu.

Intan Najuwa, 22, juga pernah membuatkan peminat ternganga disebabkan dia memperoleh keputusan cemerlang dan tentu tidak mudah baginya membahagikan masa sebagai pelakon dan pelajar memandangkan subjek yang diambilnya tidak mudah.

KLIK sini UNTUK LIHAT VIDEO DI TIKTOK

Reaksi warganet

Pelakon jelita ini bagaimanapun tidak lokek berkongsikan video yang memaparkan kesungguhannya dalam lakonan mahupun pembelajaran yang mana Intan Najuwa terbaharu memuat naik momen ketika dia membeli buku dan mengubah bilik belajar.

Meskipun begitu nampaknya satu komen ditinggalkan ini menyebabkan Intan Najuwa juga memberikan responnya apabila dia berkata, dirinya hanya biasa-biasa sahaja dan katanya lagi yang penting pass.

Tetapi semangat Intan Najuwa itu membuatkan peminat menghujani dengan komen-komen positif terhadapnya.

Pelakon cantik Intan Najuwa jadi perhatian peminatnya apabila berkongsi keputusan cemerlang yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir semester baru-baru ini.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya.

Dalam hantaran tersebut, pelakon bertubuh kecil molek itu telah memuat naik keputusan yang tertera keputusan ‘A’ dan ‘A-‘ bagi dua subjek iaitu Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Kontrak.

“Semua hasil tidak tidur malam berbalas. Jom mara ke semester seterusnya,” kongsi Intan dalam ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian pelakon drama Tuan Danial itu turut mendapat pujian dan kata-kata positif dalam kalangan peminatnya turut berkongsi rasa gembira dengan kejayaan pelakon tersebut.

Malah, ramai juga yang kagum dengan keputusan yang diperolehi Intan memandangkan subjek yang diambilnya bukannya mudah.

“Undang-Undang Jnyh? Bukan calang-calang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Aku belajar Undang-Undang Perniagaan pun pecah kepala. Belum lagi kena belajar Undang-Undang Jnyh,” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Intan kini sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Undang-Undang di kolej BAC di Singapura sejak Disember tahun lalu.

Kalis kontroversi. Kehidupan sebagai selebriti lebih-lebih lagi dalam dunia lakonan tentunya tidak dapat mengelak daripada terkena tempias kontroversi. Sama ada kontroversi itu adalah hasil ciptaan sendiri atau mungkin juga bermula dengan sekadar ucap kata daripada anasir luar.

Bagi pelakon yang wajahnya kerap mengisi layar televisyen tempatan, Intan Najuwa, kontroversi itu bukan sesuatu yang menjatuhkannya.

Bagi Intan, dia enggan melatah setiap kali namanya terpalit dengan apa juga lumpur kontroversi yang tidak dijangka.

“Kontroversi itu perkara biasa. Kita buat apa sekalipun, akan timbul kontroversi. Saya pilih untuk lebih berdiam diri. Saya selesa untuk santai dan bertenang,” katanya.

Ditanya mengenai tindakannya setiap kali berdepan kontroversi panas membabitkan namanya, Intan memilih untuk bertenang berbanding mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Kalau saya melenting, takut ada perkara lain yang timbul, contohnya melakukan kesilapan atau tercakap benda buruk yang mampu mengeruhkan keadaan.

“Saya dah biasa dengan kontroversi, bahkan ibu saya sendiri pun berpesan, kalau ada apa-apa berlaku, anggap itu perkara biasa. Yang penting, kena matang.

“Bila dah tenang, baru bercakap mengenai perkara itu. Saya pun tak terlalu ambil tahu sangat kalau ada kontroversi yang timbul sebab banyak lagi kerja yang saya perlu buat,” katanya.

Menurutnya, kita sebagai individu berhak memilih dan menyaring apa sahaja anasir yang melangkah masuk dalam kehidupan kita.

“Mana yang negatif saya tolak dahulu sebab saya tak mahu wujudkan perkara bersifat toksik dalam kehidupan.

“Hidup perlu diteruskan, begitu juga dengan kerja. Jangan biarkan perkara negatif merosakkan hari-hari kita,” katanya.

Di sebalik tubuh kecil pelakon berusia 25 tahun ini, ada ‘tembok besar’ yang menjadi pendinding, sekali gus menguatkan semangatnya terus berkarya.

“Keluarga saya sangat ‘up to date’ dan kalau ada apa-apa kontroversi yang timbul mengenai saya, mereka yang tahu dahulu. “Mereka sangat kuat dan sentiasa ada di belakang saya. Kata mereka, ‘tak apa, kami ada dan jangan tertekan’.

“Sampai sekarang saya rasa kontroversi itu tidak menjatuhkan saya sebaliknya membakar semangat saya untuk terus bekerja, belajar dan meningkatkan kualiti hidup,” katanya.

Penuntut peringkat asasi jurusan undang-undang di sebuah kolej di Singapura ini juga berkongsi mengenai bagaimana dia membahagikan waktunya sebagai pelakon dan pelajar.

“Orang nampak seperti semuanya mudah, namun ia sebenarnya satu proses yang mencabar. Kalau nak bercakap mengenai waktu tidur, memang tak mencukupi sebab setiap hari saya hanya tidur empat jam.

“Pernah juga sebelum ini saya jatuh sakit kerana terlalu memaksa diri untuk fokus. Tapi, semuanya dapat disusun,” katanya.

Menurut Intan, dia menggunakan masa terluang di set penggambaran untuk menelaah pelajaran

“Kalau saya berada di set penggambaran dan ada waktu terluang, saya ambil masa untuk belajar menggunakan iPad.

“Memang iPad dan telefon pintar menjadi alat penting untuk saya belajar. Seminggu sebelum peperiksaan, saya akan mula mengulang kaji dengan mendengar semula apa yang pensyarah ajar.

“Penat atau tidak, saya tak ada pilihan sebab saya perlu bekerja dan belajar juga.

“Ibu saya pesan, kalau kerja apa sekalipun, kalau dah berkahwin dan ada anak, sekiranya ada niat untuk belajar, terus belajar sejauh mana yang boleh,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya selepas tamat pelajaran, Intan tidak menafikan mengenai cita-citanya untuk bekerja sebagai peguam.

“Sebab saya menuntut dalam jurusan undang-undang, tentunya saya ada menyimpan impian untuk menjadi peguam suatu hari nanti.

“Namun, buat masa sekarang, rasa cinta saya lebih kepada dunia lakonan. Memang setiap hari, bangun tidur, saya nak ke set penggambaran untuk bekerja.

“Tapi, dengan adanya pelajaran dalam bidang yang saya ambil, saya dapat jadikannya sebagai rancangan tambahan untuk masa depan memandangkan saya pun tak tahu, sampai bila saya akan berlakon,” katanya.

Sumber: HM online | syor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button