Hiburan

“Saya saklt hati dan kecew4!” – Mas Idayu jawab spekulasi rumah tangganya sedang berg0lak

PENYANYI Mas Idayu menyangkal laporan sebuah portal hiburan mendakwa rumah tangga yang baru dibina sebulan lalu sedang bergolak.

Bengang dengan laporan berita itu, Mas, 50, berkata tindakan portal tersebut adalah tidak wajar dan dilihat sekadar menumpang populariti.

“Saya sakit hati dan kecewa sangat, saya dapat berita dari fans saya tentang tajuk sebuah portal ‘baru bahagia takkan dah berduka’.

Mas Idayu bahagia bersama suami, Sufian Isa.

“Tiada apa, saya okay je. Jangan buat cerita apa-apa. Saya tidak boleh terima apa yang korang tulis. Saya okay je bahagia. Inai pun tak hilang lagi jangan buat andaian yang bukan.

“Saya rasa tidak perlu korang menumpang populariti hanya nak naikkan page, tak kena tak sesuai,” katanya.

Mas Idayu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum itu, sebuah blog hiburan menulis spekulasi mengenai rumah tangga Mas Idayu yang baharu dibina bersama Sufian Isa pada 16 September lalu.

Spekulasi itu timbul selepas penyanyi dangdut terkenal ini memuat naik status penuh tanda tanya di akaun Instagram miliknya.

Saya okay je bahagia. Inai pun tak hilang lagi jangan buat andaian yang bukan.

MAS IDAYU

PENYANYI

“Berselindung di balik senyum dan tawa… saya okay,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjawab mengenai perkara itu, Mas berkata dia dan suami sedang melalui fasa bahagia dan bukan seperti yang digembar gemburkan.

Katanya, sejak dari dulu lagi dia sememangnya suka berkongsi kapsyen sedih, kelakar dan juga gembira.

Mas Idayu minta peminat doakan yang baik-baik.

“Saya baru sahaja dirikan rumah tangga, hari ini baru genap sebulan. Apa yang korang nak? Saya dah tunjuk kebahagiaan. Semua hari perkahwinan, nikah dan percintaan.

“Benda yang saya tak kongsi korang boleh tahu, korang duduk dalam kain saya ke?” katanya lagi.

Hantaran Mas Idayu yang mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, dia juga meminta peminatnya untuk mendoakan perkara yang baik buat dia bersama suaminya.

“Doa yang baik-baik, saya ni banyak kerja,” tambahnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button