Hiburan

Tak boleh tidur lena fikir hadiah, tak sangka ini reaksi Bell Ngasri terima hadiah kereta idaman

PEMENANG Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 35 (ABPBH35), Bell Ngasri menerima kereta jenama Mini Cooper Clubman tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada pagi Isnin.

Bell atau nama Ngasrizal Ngasri, 43, berkata dia terlalu gembira kerana ini kali pertama dia menerima hadiah mewah dalam hidupnya.

Malah, Bell memberitahu dia tidak boleh tidur lena kerana terlalu teruja memikirkan mengenai hadiah berkenaan.

Bell teruja terima kereta idamannya.

“Saya tak tahu nak cakap, ini pertama kali saya dapat hadiah sebesar ini. Dapat kereta apa pun saya tetap seronok sebab ia percuma. Kalau DTC Motors bagi saya (Perodua) Kancil pun saya seronok.

“Tapi dia bagi saya kereta ini (Mini Cooper)… memang saya suka!

“Semalam seharian saya di Pulau Pinang, balik malam tadi saya tak boleh tidur sebab terlalu berdebar… dapat tidur sejam dua sahaja tapi mengigau pula,” katanya.

Bell berkongsi perkara itu semasa penyerahan kereta di DTC Motors yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur.

Kereta mewah tersebut diserahkan oleh pemilik DTC Motors, Afendy Wahid diiringi penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin

Dalam pada itu, Bell mengakui kenderaan yang diterima itu merupakan kereta idamannya selama ini.

Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah.

BELL NGASRI

PELAKON/PELAWAK

“Alhamdulillah ini kereta idaman saya selama ini. Ini semua kuasa dan anugerah Allah. Terima kasih banyak.

“Anugerah ABPBH35 adalah anugerah terbesar yang pernah saya terima dan bertambah dasyat bila dapat sebuah kereta,” ujarnya.

Bell bersama ahli keluarga dan Afendy Wahid semasa penyerahan kereta.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Afendy memaklumkan kereta tersebut bernilai RM200,000 yang mana termasuk jaminan dan aksesori tambahan.

Kata Afendy, hasrat untuk menaja Bell berlaku secara spontan selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button