Hiburan

“Saya pelik dengan tlndakan Syamsul..” Datuk Yusof Haslam Harap Tindakan Syamsul Tidak Keruhkan Lagi Keadaan

Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya Syamsul Yusof memfailkan sam4n terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bernilai RM10 juta tidak akan mengeruhkan lagi keadaan.

Yusof menerusi kiriman aplikasi WhatsApp bagaimanapun tetap dengan keputusan tidak mencampuri urusan anaknya. “Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya.

“Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. “Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dipercayai berang dan bakal mengenakan tindakan saman terhadap JAWI berikutan mendakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fltnah.

“Saya sudah berbincang dengan peguam mengenai satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman JAWI sebanyak RM10 juta kerana sudah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap saya.

“Ia tidak benar. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya, sedangkan palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ia dipercayai dokumen berkenaan berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.

Syamsul Yusof mahu saman Jawi RM10 juta dakwa maklumat peribadi terbongkar

Pengarah Syamsul Yusof mendedahkan bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Syamsul, 38, berkata, tindakan itu adalah disebabkan badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitn4h terhadap dirinya.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya. Kami akan saman Jawi sebanyak RM10 juta kerana kenyataan fitn4h terhadap saya.

Syamsul dakwa maklumat peribadi tersebar.

“Jawi telah memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya sedangkan ia tidak benar,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Syamsul enggan menjelaskan secara terperinci tentang maklumat yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia turut akan mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu dan dia sendiri bakal memaklumkan mengenainya dalam masa terdekat.

“Perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan.

“Setakat ini itu sahaja. Selanjutnya saya akan maklumkan kemudian,” jelasnya.

Dipercayai dokumen tersebut mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Sumber : Berita harian, mStar

Sumber : Berita harian, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button