“Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami” – Abby Abadi
PELAKON Abby Abadi berkata lelaki yang dikaitkan dengan anaknya Marissa Dania iaitu Ahmad Aslam bukanlah seorang lelaki yang layak menjalani kehidupan poligami.
Berkongsi perkara itu ketika temu bual bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, menyifatkan Aslam tidak berkemampuan untuk memiliki dua isteri.
“Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami. Saya tidak nampak dia berkemampuan,” ujarnya ringkas.
Abby tidak sangka Marissa membuat keputusan di luar jangkaan.
Abby menjawab perkara itu apabila ditanya oleh Aliff mengenai penerimaannya terhadap Aslam.
Dalam pada itu, Abby mendedahkan perjumpaannya bersama Aslam juga dikatakan tidak berjalan dengan baik dan dia kurang senang dengan pilihan Marissa untuk berkahwin pada usia muda.
Malah, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim ini juga memberitahu anak gadisnya itu berubah sikap tidak seperti dikenali dahulu.
“Keluarga tidak tahu dia (Marissa) berhubung dengan lelaki ini (Aslam). Anak yang saya jaga dari kecil, yang dahulunya saya nampak tidak seperti sekarang.
“Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan dia berubah 360 darjah.
“Kami sehabis baik menjaga dia. Tidak tahu kenapa dia boleh melakukan perkara sampai tahap begini. Ini di luar jangkaan saya dan papanya (Norman),” ujarnya.
Kisah pernikahan Marissa dan Aslam menjadi bualan ramai.
Sejak tahun lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam bersama isterinya.
Kemudian pada awal Februari lalu, Marissa sekali lagi menggemparkan orang ramai apabila timbul dakwaan dia sudah menjadi isteri kedua kepada Aslam dan pasangan ini melangsungkan pernikahan di Thailand.
Biarpun didesak dengan pelbagai kecaman, Abby, Norman dan Marissa masih mengambil langkah berdiam dengan tidak memberi sebarang ulasan berkaitan isu berkenaan.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda