Hiburan

“Tak Kotor Ke Tu?”, Jumpa Iqram Dinzly Makan Makanan Dari Tong Sampah, Mungkin Ini Sebabnya..

Iqram Dinzly merupakan pelakon yang pernah menjadi pujaan ramai gadis. Namun setelah sekian lama menyepi dari industri tanah air, orang ramai mula risau apabila kemunculannya mengundang pelbagai persoalan. Pernah dituduh gila, bagaimanapun dia tetap sahaja tidak menghiraukan hal tersebut.

Kini, Iqram Dinzly cuba bergiat aktif di dunia hiburan meskipun sentiasa menerima krtikan orang ramai. Meskipun perangainya agak pelik kebelakangan ini, mungkin ada mesej tersembunyi yang ingin disampaikan pada mereka di luar sana.

Jumpa Iqram Dinzly Makan Makanan Dari Tong Sampah

Terbaru, seorang lelaki telah menemui pelakon itu ketika berada di luar.  Menghampirinya, lelaki itu terkejut apabila melihat perlaku pelik Iqram yang sedang menyelongkar tong sampah di hadapannya.

Mencari bungkusan makanan yang baru sahaja dibuang dan mempunyai sisa-sisa, Iqram terus membukanya untuk makan makanan yang tidak kehabisan sambil memarahi individu yang telah membuang makanan itu.

Membaca doa makan sebelum menyentuh makanan itu, pelakon itu tidak ragu-ragu untuk memakannya walaupun telah berada di dalam tong sampah. Dia turut yakin bahawa ia masih lagi bersih walaupun baru sahaja dibuang.

 

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai bersangka bahawa mungkin tindakan Iqram itu mempunyai maksud yang ingin disampaikan. Mungkin itu juga caranya untuk menasihati orang ramai untuk tidak membazir makanan dan menghargai rezeki itu.

Sebenarnya Dia Nak Nasihat Orang Lain.. 

Walaupun apa yang dilakukan pelakon itu agak pelik, namun kita tidak seharusnya cepat menghukuminya dan bersangka buruk. Apa yang mungkin ingin disampaikan oleh Iqram juga ada betulnya. Seharusnya kita harus mengelakkan sikap pembaziran dan menghargai rezeki yang ada.

Kredit: TikTok zd_lover

Sumber: Dailymakan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button