Hiburan

“Saya Memang Nak Tunjuk!”- Ifa Raziah Jawab Isu Dikec4m Buat ‘Live’ Solat, Dedah Bangun Tahajud Selalu

Nama selebriti versatil, Ifa Raziah berterusan menjadi panas apabila dia dikecam sekali lagi kerana membuat Instagram(IG) Live sewaktu mengerjakan solat pada Sabtu

Kata Ifa Raziah dia sengaja mahu menunjuk kepada netizen bahawa dia menunaikan rukun Islam kedua itu dan menafikan bahawa telah mencabar Allah seperti yang didakwa sebelum ini.

“Saya memang nak tunjuk yang saya solat dan saya jaga huhungan dengan Allah. Malah sebelum masuk waktu saya dah bersedia untuk solat.

“Saya nak membuktikan yang saya ingat Allah dan tak pernah cabar Allah walaupun saya hina di mata manusia tapi insya-Allah tidak pada Allah.

“Sebab orang (netizen) asyik cakap saya jahil dan ahli neraka kerana katanya saya ni cabar Allah. Kalau saya cabar Allah tak kan la saya sembahyang?

“Sebenarnya ibadah ni tak perlu tunjuk tapi saya geram dengan netizen yang mengata dan menuduh saya bermacam-macam,” katanya kepada Astro Gempak.

Ifa ditemui selepas sidang media yang memperkenalkannya sebagai salah seorang wajah produk terbaharu Jovian iaitu Wonder Suit di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya pada Rabu.

Terdahulu, aksi tarian gelek Ifa ketika membuat persembahan di sebuah majlis akikah dan ulang tahun perkahwinan dikecam netizen dan mendapat teguran daripada pendakwah bebas kerana didakwa tak sesuai dan melampaui batas.

Pelantun kagu Ser Ser Ser itu mendapat kecaman hebat sebelum dia tampil membuat IG Live ketika sedang solat beberapa hari lalu.

Tambah Ifa, netizen tidak boleh mengadilinya dari penampilannya sahaja sebaliknya perlu mengenali dirinya dahulu.

Dia beritahu tak pernah lupa menunaikan solat malah turut mengerjakan sembahyang sunat tahajud hampir setiap malam.

“Orang tak duduk serumah dengan saya tak tahu saya solat atau tidak. Jangan ingat saya tak bertudung, saya tak lalukan perkara wajib seperti menjaga hubungan dengan Allah.

“Malah saya bersyukur kerana tanpa mengunci jam saya bangun dikejutkan dengan kasih sayang oleh Allah untuk solat tahajud hampir setiap malam.

“Memang menjadi rutin saya bagun 4.30 pagi untuk tahajud dan seterusanya menunaikan Subuh dan mengaji serta berzikir. Saya akan kembali tidur pada jam 8 pagi hingga ke 12 tengahari.

“Kalau orang nak tahu rumah saya akan dimainkan ayat al-quran dari Subuh hingga ke Zuhor,” dedahnya.

Tambah Ifa lagi dia juga sentiasa dalam proses memperbaiki diri.

“Hanya Allah saja tahu yang saya kini sudah banyak berubah dan saya pun selalu hendak perbaiki diri. Cuma saya belum berhijab sahaja,” ujarnya.

“Nak Tengok Bayar la..Saya Bkannya perempuan Mvrahan” Ifa Raziah ‘S0und’ Netlzen

Baru-baru ini nama pelakon Ifa Raziah menjadi perhatian ramai apabila dia kelihatan sakan bergelak bersama artis lain di semua majlis akikah pasangan Addy Kanna sehingga mencetuskan amarah serta kecaman hebat warganet.

“Kau ingat gelek aku tu free ke? Semua gelek aku tu masuk duit tau”

Terbaharu, tular sebuah video di Tlk Tok mengenai selebriti berusia 47 tahun ini di mana dia diminta warganet untuk ‘bergelek’ ketika dalam siaran langsung, namun dibidas oleh Ifa Raziah dengan mengatakan dirinya bukan sesuka hati untuk berbuat sedemikian sekiranya tanpa bayaran.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha menjelaskan dirinya tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar memandangkan ia adalah sebahagian daripada punca pendapatan.

“Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya. Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.

“Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini.”ujar Ifa.

Saya bukannya perempuan murahan. Saya masih ada nilai
Ifa berkata, dirinya bukanlah seorang perempuan murahan kerana dirinya masih mempunyai nilai dan laku di pasaran. Tambah penyanyi dangdut itu, dia turut menerima apa-apa sahaja undangan majlis seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dibayar.

“Majlis kahwin boleh panggil akak (Ifa), birthday boleh, marhaban pun boleh. Kau ingat aku boleh menyanyi dangdut sahaja? Tak boleh marhaban? Majlis perceraian kau pun boleh. Kau bayar saja kat aku.”ujarnya lagi.

Jelas Ifa, dia tidak merasakan undangan untuk menyanyi dan bergelek itu merupakan satu masalah memandangan dia dijemput dan membuat persembahan berbayar bagi menghiburkan orang.

Nak marah tapi kena sabar.. Kalau tanpa haters, benda takkan viral dan popular
Dalam pada itu, Ifa yang turut dikenali Miss Diva mengatakan dirinya masih dikenali ramai disebabkan bantuan ‘haters’ yang tidak senang duduk dengan apa yang dilakukannya. Walaupun dirinya mahu memarahi warganet yang mengecam, namun dia harus meluahkan kesyukuran atas ‘highlight’ yang diberikan kepadanya.

“Walaupun dia tak suka kita, haters, tapi dia yang ambil berat pasal kita. Apa yang I (saya) buat, dia akan buat jadikan konten dan kongsi di media sosial. Saya hargai tapi dalam masa sama kesian.”katanya.

Angkuhnya cakap
Pun begitu, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mengatakan selebriti bercakap ‘angkuh’.

Terdahulu, Ifa menjelaskan dirinya dibayar berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi dan gelekkan itu yang memberikan dirinya duit.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button