“Saya Kini Berg4ntung Dengan Ubat” – Bella Astillah Ditahan Wad, Terdapat Cecair Di Dahi Kanan
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Ampang gara-gara sak1t kepala yang tervk pada Ahad lalu.
Memetik laporan Harian Metro, hasil pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonas (MRI) mendapati bahawa terdapat cecair pada bahagian dahi kanannya.
“Saya tidak pernah mengalami migrain atau sak1t kepala setervk ini. Selalunya kalau jatvh sakit saya akan cuba bertahan, tapi ini memang sudah tak boleh nak lawan hingga terp4ksa ke hospital.
“Doktor memaklumkan saya mungkin menghadapi masalah sinus tapi ketika buat ujian MRI, ada cecair yang menghalang di bahagian kanan dahi saya.
“Saya kini bergantung dengan ubat tahan sakit dan doktor tidak menyarankan saya melakukan pembedahan kerana baru kali pertama berdepan masalah seumpama ini,” katanya.
Menurut Bella, dia bersyukur apabila suaminya, Aliff Aziz bantu menjaga anak-anak sepanjang dirinya dirawat di hospital.
“Sepatutnya Alif ke Singapura untuk bertemu keluarganya hari ini tapi disebabkan saya masih di hospital, Aliff beritahu dia akan berada di rumah menjaga anak-anak. Tiket yang sudah dibeli pun ‘hangus’.
“Saya pun tak tahu sampai bila akan ditahan di wad tapi saya harap masalah sak1t kepala ini segera pulih kerana saya dan Aliff baru saja melancarkan muzik video single duet kami berjudul Tetap Di Sini, hari ini.
“Jadi banyak perancangan terp4ksa ditangguhkan seperti sidang media dan aktiviti promosi. Doakan semoga saya segera sembuh,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Kredit: Xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda