Cantik dalam TikTok tapi jumpa depan-depan berbeza… Yazmin Aziz balas komen netizen
PENYANYI Yazmin Aziz tampil menjawab dakwaan netizen yang menyifatkan dirinya hanya kelihatan cantik di media sosial tetapi tidak ketika bertemu secara berdepan.
Tidak melatah membaca komen ditulis itu, Yazmin, 22, memberitahu dia sama sekali tidak pernah menganggap dirinya cantik kerana baginya kebaikan sebenar datang daripada hati dan bukan paras rupa semata-mata.
“Saya minta maaf sekiranya penampilan saya menganggu awak. Saya tidak pernah cakap saya ini cantik.
Yazmin tidak melatah dengan komen netizen.
“Apa-apa pun kita semua ciptaan Tuhan. Saya terima diri saya seadanya. Lagi pun bukan ke hati yang baik lebih penting daripada muka yang cantik? Fikirkan semula apa yang awak cakap,” katanya.
Yazmin berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Penyanyi berkenaan menjawab komen seorang netizen sebuah video yang memaparkan Yazmin sedang berjalan di karpet merah Anugerah TikTok Malaysia 2023 pada malam Ahad.
Netizen berkenaan berkata Yazmin hanya cantik dalam video TikTok dan tidak sekiranya berjumpa secara berdepan.
“Dia sangat lawa dalam TikTok tetapi bukan depan-depan ya,” tulis netizen.
Dalam pada itu, Yazmin turut menegaskan setiap individu mempunyai kekurangan diri dan berdepan perjalanan hidup berbeza.
Malah dia mengaku tidak sempurna dan berdepan dengan masalah berat badan selepas kehilangan datuk tercinta.
Yazmin mengakui mempunyai banyak kekurangan diri.
“Saya juga mengaku saya tidak tinggi dan mengalami kenaikan berat badan selepas datuk saya meninggal dunia… sedih kan!
“Kita tidak tahu kesusahan orang lain… macam saya kena kerja untuk bantu keluarga, kena belajar untuk capai impian sendiri.
“Saya tidak mahu berputus asa. Saya akan sentiasa menyebarkan kebaikan dalam setiap content atau nyanyian saya,” ujarnya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda