Hiburan

‘Saya bukan meminta-minta, tetapi terpaksa’ – Enot tiada pilihan lain kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh 3 bulan

Kuala Lumpur : Pelakon dan pelawak, Enot, 44, mengakui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa merayu memohon bantuan daripada rakan-rakan artis secara peribadi apabila kehilangan sumber pendapatan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam tandas, Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan tempurung lututnya pecah dan patah sekali gus menyebabkan Enot tidak dapat bekerja selama beberapa bulan termasuk terpaksa membatalkan tawaran kerja.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah tidak menyangka perkongsian itu dimuat naik di media sosial oleh rakan artis.

“Saya sebenarnya malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat.

“Namun, saya tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan. Saya terpaksa membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini. Saya harap tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduh saya meminta-minta,” katanya.

Enot jatuh bilik air, kaki patah dan lutut retak… anggap kejadian ‘pengenalan’ di rumah baharu

Enot yang menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu.

Terdahulu, penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira memohon orang ramai memberikan sumbangan kepada Enot yang mengalami kecederaan itu.

Menerusi perkongsian yang sama, Shahira turut memaklumkan Enot bakal menjalani pembedahan tulang belakangnya yang terkena saraf.

Enot berkata, tulang belakangnya juga bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.

“Buat masa ini, doktor mahu saya pantau dulu. Jika dalam tempoh lima hari lagi saya masih rasa kebas-kebas, barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya.

Enot berkata, sudah lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air sebelum ini tetapi tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.

Saya cedera, bukan ten4t – Enot

Pelakon dan pelawak, Enot, 44, menyangkal dakwaan dirinya tenat selepas terjatuh di bilik air di kediamannya, Isnin lalu.

Enot atau nama sebenar, Aliza Abdullah memberitahu dia masih mampu bercakap dengan hanya bahagian bawah badan serta tulang belakang terjejas.

“Saya harap sebelum apa-apa, pastikan kesahihan berita. Saya tidak suka apabila orang kata saya kritikal sedangkan yang terjejas hanyalah bahagian pinggang ke bawah.

“Saya mengalami cedera pada lutut di mana tempurung saya retak dan tulang belakang pula bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.

“Tetapi doktor buat masa ini meminta saya pantau dahulu keadaan.

“Jika dalam tempoh lima hari lagi saya kebas-kebas barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Mat Despatch ini berkata, sudah antara lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air, namun, tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.

Namun, Enot menganggap insiden itu sebagai ‘hadiah’ hari jadinya yang kebetulan jatuh pada 3 Disember lalu.

“Saya dimasukkan ke hospital tetapi keesokannya, saya merayu keluar kerana tidak tahan duduk lama di sana.

“Saya bimbang jika lama di hospital, saya terkena serangan panik. Itu pun saya hampir menjerit.

“Sebelum ini, ketika menghidap k4nser usus, sama juga, saya tidak tahan ditempatkan di pusat rawatan terlalu lama,” katanya.

Sedikit info mengenai Enot

Nama sebenar: Alliza Abdullah

Tarikh Lahir: 3 Disember 1978

Suami: Zainul Abidin Mat Nor

Guna nama Enot selepas drama Enot arahan Azman Yahya (Jinggo) mencipta fenomena sebagai drama komedi popular pada 2002

Mula bertudung sejak Mac 2012

Top 5 Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

Nama Enot semakin popular setelah wanita ini menyertai program Sehati Berdansa musim ketiga bersama suami, Zainul Abidin Mat Noor. Mereka berkahwin pada November 2008.

ENOT yang memiliki hobi berlakon, melancong, memasak dan menari ini memiliki dua cahaya mata – Andriana Balqis (8 tahun) dan Arieana Qaseh Qistina (2 1/2 tahun).

PADA ABPBH 2009, Enot dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Wanita bersama-sama empat lagi calon akhir – Noorkhiriah, Didie Alias, Kenchana Dewi dan Nik Sayyidah.

kredit: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button