Hiburan

“Aku dah tak lalu dgn Kak Lina ni..”- Nabil Komen Pasal Elly Mazlien, Sekali Ini Respon Jihan Muse

Pengacara konsert Gegar Vaganza (GV), Nabil Ahmad secara berseloroh bertanya bilakah Jihan Musa akan kembali mengemudi rancangan itu.

Difahamkan Nabil berseloroh demikian apabila rakannya, Elly Mazlien atau Kak Lina kelihatan terlalu ‘hyperaktif’ setiap kali mengacarakan konsert yang memasuki minggu ke-6 itu.

“Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Makanlah ikan haruan banyak-banyak. Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,”..

Sebelumnya, Kak Lina seperti biasa menunjukkan ‘perangai’ aktif di atas pentas setiap kali mengacarakan konsert kegemaran ramai itu. Rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju malah ada yang inginkan gabungan Nabil-Lina terus dikekalkan untuk musim akan datang.

“Kadang tengok Kak Lina terlalu aktif ni menyampah juga, tapi secara jujurkan aku tengok rancangan ni sebab dia,” tulis @paksuirfan.

“Akao terus eh kau Nabil, depan-depan dia bagi. Tapi bagi aku GV kali ni menarik sebab Kak Lina ada,” jelas @eg9muor.

“Lucu dengan telatah pasangan ni, lagi elok gabung je Kak Lina, Nabil dan Jihan lepas ni. Tengok apa berlaku,” kata @zaibdiyusoff

Ini Reaksi Dari Pihak Jihan Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 39, mengambil keputusan berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi t.umpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.

Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu LaughOut Loud Entertainment menerusi satu kenyataan.Ketua Pegawai Eksekutif LaughOut Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan wanita itu kini berehat seketika.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 GV9 kerana dirinya yang masih s.arat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya.Abdul Afiq berkata, Jihan bagaimanapun menzahirkan rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.

Katanya, Jihan juga berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa t.rending di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat,” katanya.

Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Sumber : Kosmo/HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button