Viral

Rupanya Makcik ‘Cleaner’ Sembang Bhsa Jepun Di Masjid Negara Pernah Jadi Pensyarah Bahasa Jepun, Tourist Guide Lbih 3 Dekad

RAMAI yang kagum dengan kebolehan seorang pekerja pembersihan yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun ketika sedang bertugas di Masjid Negara.

Bukan sahaja boleh berbual dengan rancak bersama beberapa delegasi dari Jepun, malah pertuturannya dalam bahasa Inggeris membuatkan latar belakangnya menjadi tanda tanya.

Siapakah gerangan ‘makcik cleaner’ yang boleh bercakap bahasa Jepun ini?

Menerusi perbualan secara eksklusif dengan mStar, wanita bernama Nirmaningsih Mawi itu sudi berkongsi cerita di sebalik video yang tular berkenaan.

 

Siapa sangka di sebalik gaya dan penampilannya yang biasa-biasa, wanita ini sebenarnya berpengalaman dalam bidang pelancongan selama lebih tiga dekad.

“Sekarang ni memang saya kerja cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu.

“Tapi dulu saya berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 31 tahun. Saya bawa pelancong-pelancong asing ke seluruh Malaysia.

“Memang saya cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu,” kata Nirmaningsih ketika dihubungi mStar.

Tangkap layar video Nirmaningsih (dua, kanan) rancak bertutur bahasa Jepun.

Bercerita lanjut, wanita berusia 58 tahun itu berkata, dia mengikuti kursus Dasar Pandang ke Timur pada 1992, di bawah Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya mengikuti kursus selama enam bulan di Tokyo, Jepun dan sebelum itu saya belajar bahasa Jepun.

“Di sana, saya bekerja sebagai pemandu pelancong sambil menjalani latihan termasuk belajar mengenai etika kerja dan budaya mereka,” katanya yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Nirmaningsih mencari pengalaman dengan bekerja sebagai pekerja pembersihan. foto ihsan Masjid Negara

Mengenai video tular yang dikongsikan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri menunjukkan dia berbual mesra dengan delegasi Jepun di Masjid Negara, Nirmaningsih berkata, ia berlaku secara spontan dan bukan dirancang.

“Ada pensyarah UKM bawa orang Jepun ke sini. Saya bercakap dengan mereka secara spontan, sembang pun kasual saja,” ujarnya.

Saya berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 31 tahun. Saya bawa pelancong-pelancong asing ke seluruh Malaysia.

NIRMANINGSIH MAWI

Menurut wanita itu lagi, ketika usia mudanya dia juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Jepun di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan.

Selain bahasa Jepun, Nirmaningsih juga boleh bertutur dalam bahasa Jerman dan ia memberi kelebihan kepadanya yang sering bertemu dengan pelancong.

Antara komen netizen memuji Nirmaningsih.

Namun, dia mengakui pandemik C0v1d-19 yang melanda dunia pada 2020 memberi impak besar kepada industri pelancongan termasuk pekerjaannya sebagai pemandu pelancong.

“Memang terjejas. Sekarang ni baru mula aktif semula bawa pelancong ke sana sini. Saya juga kerja (pembersihan) di masjid sebab C0v1d-19 masih belum reda.

“Selain kerja sampingan untuk tampung perbelanjaan, saya juga cari pengalaman,” kata Nirmaningsih mengakhiri perbualan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button