Viral

“Muat RM2 Juta Je..” Usahawan Ini Kata Tak Berbaloi Beli Lamborghini, Bonet Kecil Nak Simpan Duit

Seorang usahawan kosmetik tervk menerima kec4man netizen selepas memuat naik video menunjukkan duit serta kereta mewah yang dimilikinya. Malah kebanyakan netizen turut menegur tindakan usahawan itu yang boleh membah4yakan dirinya sendiri apabila menunjuk kemewahan yang ada.

Menerusi video yang dimuat naik itu, usahawan dikenali sebagai Cikna itu menunjukkan kereta mewah, Lamborghini yang dimilikinya ini. Menurutnya, dia berasa tidak berbaloi membeli kereta tersebut kerana tidak dapat memuatkan duit yang ingin dibawanya.

Usahawan itu kemudiannya membuka bahagian bonet kereta dan menunjukkan duit bernilai RM2 juta yang disimpannya di situ. Tambahnya, bonet kereta itu hanya dapat muat duit sebanyak RM2 juta sahaja dan dia berasa menyesal membeli kereta mewah tersebut.

“Tak berbaloi sebab dalam bonet muat RM2 juta je! So tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecil. Boleh letak duit sikit je.”.

 

Video yang dimuat naiknya itu kemudian menerima kec4man dari netizen yang mempersoalkan motif usahawan itu berkongsikan hantaran tersebut. Ada juga yang meluahkan rasa kurang senang melihat usahawan itu seolah-olah sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada untuk tatapan di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, ada yang turut menasihati dan menegur usahawan itu supaya lebih merendah diri dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Malah ramai yang mengec4m tindakannya menunjuk kekayaan yang ada kerana ia boleh mendatangkan bah4ya kepada dirinya sendiri.

“Dato Aliff Syukri pun tak begitu.”

“Selaku ex banker yang dalam bonet tu tak sampai 2 juta.”

“Tak kena lagi takpelah, hati-hati kak mata ada kat mana-mana.”

“Bak kata orang jangan suka menunjuk sebab rezeki boleh tarik bila-bila masa je…”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button