Hiburan

Rupanya Ini Panggilan Sweet Datuk K Buat Siti Nurhaliza, Dengan Sopan Terus ‘End Live’ Masakan

Kalau dah namanya wanita tetap turun ke dapur memasak. Walau punya kerjaya yang hebat atau bergelar selebriti terkenal.

Begitu juga dengan penyanyi tersohor iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza turut memasak untuk keluarganya.

“Salam Jumaat yang mulia.. Hari ni saya masak awal , sempat jugak buat live ye.. Bila tak sibuk dengan aktiviti nyanyian saya macam ibu rumahtangga yang lain, memasak didapur.. Alhamdullillah masak yang mudah mudah saja , janji masak dengan kasih sayang..”- Datuk Seri Siti Nurhaliza 

PERKAKASAN DAPUR MEMASAK PUN RAIH PERHATIAN.

Wow simple je perkakasan memasak Dato Seri Siti Nurhaliza. Ramai ingat kuali dan periuk berjenama mahal.

Muat naik hantaran terbarunya memaparkan satu video live yang dikongsinya ketika memasak sambal petai di dapur kediamannya.

Gaya yang simple tanpa secalit solekan telah meraih perhatian perminatnya. Bukan itu sahaja, perkakasan memasak yang biasa-biasa tanpa jenama yang mahal membuatkan peminat kagum.

PANGGILAN SWEET!

Namun, ada yang lebih menarik perhatian ketika live, adalah ketika Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K memanggil Dato Seri Siti.

Sedang Dato Seri Siti berbual dengan peminat, suaminya memanggilnya dengan panggilan ‘Darling’. Wow sweetnya!

 

Lantas, Dato Seri Siti terus mengambil keputusan untuk menamatkan siaran ‘live’ . Dengan sopan dia memohon kepada peminatnya untuk mengundur diri.

Nyata, cara Datuk K itu membuatkan peminat kagum walaupun usia perkahwinan mereka telah sekian lama.

Moga pasangan ini terus bahagian till jannah!

NETIZEN KOMEN KAGUM CARA DATUK K

 

Meninjuan di ruangan komen, perkongsian Datuk Seri Siti telah meraih perhatian peminat yang meluahkan rasa kagum melihat pasangan bahagian ini. Antara komen netizen adalah

“Dato K panggil ‘Darling’ terus end live.  Bagus kak iti, suami no 1..”

“Siti Nurhaliza kalau tak make up..MCM pelajar sekolah menengah..awet mudanya.”

“Mak iti pun pakai kuali tercabut pemegang dah..salute..”

“Sesibuk mana pun tetap layan makan minum suami dan Anak2..itu lah ibu dan isteri yang Terhebat.”

Sumber: Instagram ctdk

Sumber : https://www.keluarga.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button