Hiburan

Pengantin Kec3wa Gambar Kahwin Percuma ‘Hauk’, Mila Jirin Tampil Beri Penjelasan – ‘Kenapa Tak Viralkan Gambar Yang Cantik?’

Sebelum ini, viral di media sosial apabila pasangan pengantin meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan fotografi percuma yang diberikan oleh sebuah syarikat penyedia catering.

Tidak mahu mendiamkan diri, pemilik Bizmilla Catering iaitu penyanyi Mila Jirin terpanggil untk menjelaskan mengenai dakwaan individu yang tidak berpuas hati dengan gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar daripada pihak syarikatnya.

Ada isu viral di TikTok berkaitan dengan Bizmilla dan juga satu wedding ni. Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan balas. Pada awalnya, saya tak nak bagi apa-apa statement tapi ramai pula yang tag saya dekat komen beliau.

Jadi, saya kena beritahu cerita sebenar agar semuanya jelas. Memang di Bizmilla kami membekalkan pakej perkahwinan lengkap, satu premium dan satu lagi basic.

Ujarnya, di dalam pakej tersebut pihaknya akan memberikan pakej percuma untuk sesi fotografi dan videografi sepanjang majlis berlangsung.

Kami dah nyatakan fotografi dan videografi sepanjang majlis untuk capture semua momen termasuk ahli keluarga. Selain posing momen selepas majlis dan sebagainya. Gambar yang diberi kebiasaannya 500 keping dan keatas. Sudah semestinya ada momen tengah jalan dan tak betul akan dirakam juga.

Kami tak pernah kata ‘oh tak boleh nak hire OP sendiri’. Kami hanya bantu beri percuma sesi itu kalau rasa nak hire OP sendiri silakan tak ada siapa nak halang.

Hanya ambil pakej ‘basic’

Dalam pada itu, Mila turut menyatakan bahawa dia sudah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar berkenaan dan terdapat banyak momen cantik, namun hairan kepada individu terbabit tidak memuat naik di media sosial.

Gambar-gambar yang kami masukkan dekat media sosial adalah hasil kami sampaikan kepada pelanggan tak ada hidden agenda. Semua diberikan secara jelas.

Difahamkan, individu terbabit mengambil pakej basic untuk 300 tetamu termasuklah makanan, persiapan dewan, kelengkapan pengantin dan sebagainya.

Kami tak nak isu kan benda itu. Saya dah tengok gambar beliau. Dalam 500 lebih gambar bukan semua seperti yang dia masukkan macam dalam media sosial tu.

Boleh lihat ada gambar-gambar cantik tapi kenapa tak nak masukkan? Kenapa tak nak viralkan? Kenapa nak masuk gambar yang tak ready yang tengah jalan dan bercakap?

Video penjelasan

@milajirin_bizmillaSaya ingin menjelaskan …. Sebab ramai DM saya dan cakap macam macam …? original sound – MILA JIRIN

Sumber : milajirin_bizmilla

kredit: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button